Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) hari ini menerima sebuah peranti pengesan bahan kimia dikenali sebagai "TruNarc" yang boleh mengesan dadah, sumbangan Pentadbiran Penguatkuasaan Anti Dadah (DEA) Amerika Syarikat.
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata alat mudah alih bersaiz kecil itu mampu mengesan bahan yang disyaki mengandungi dadah sama ada dalam bentuk cecair atau serbuk dalam tempoh kurang tiga minit.
Katanya alat berkenaan berupaya mengesan sehingga 5,000 jenis bahan kimia yang merangkumi jenis-jenis dadah dan bahan letupan.
"Alat ini lebih berkesan dan tepat dalam mengesan dadah. Terima kasih kepada DEA yang menyumbangkan alat ini yang dapat memudahkan kami mengenal pasti kandungan dadah.
"Kami sememangnya mempunyai perancangan untuk membeli peralatan ini dan sedang menunggu kelulusan bajet daripada Kementerian Dalam Negeri," katanya kepada Bernama pada Majlis Serah Terima Peralatan Mengesan Dadah "Trunarc" daripada DEA kepada JSJN di Bukit Aman, di sini hari ini.
Peralatan berkenaan diserahkan oleh Atase DEA Joseph Lipp kepada Mohmad.
Mengulas mengenai kerjasama JSJN dan DEA, Mohmad berkata hubungan itu terjalin sejak 2004 dan mencatatkan 45 kejayaan operasi setakat ini yang menyaksikan rampasan 1.7 tan dadah jenis metamfetamina, heroin (46kg), ganja (30kg), ketamin (4.5kg) dan cecair ketamin (265kg).
Selain itu, setiap tahun pegawai-pegawai JSJN akan menyertai latihan dan kursus yang dianjurkan oleh DEA antaranya 'Tactical Safety and Planning Course' di Bangkok dan 'Conspiracy and Complex Investigation Course' di Sarawak, katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Oct 15 2018

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh menerima peralatan mengesan dadah "TruNarc" daripada DEA Amerika Syarikat di Bukit Aman hari ini. - BERNAMA
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

JSJN terima alat kesan dadah 'TruNarc' daripada DEA Amerika Syarikat
Alat mudah alih bersaiz kecil itu mampu mengesan bahan yang disyaki mengandungi dadah sama ada dalam bentuk cecair atau serbuk dalam tempoh kurang tiga minit.