KUALA LUMPUR: Polis menerima 19 laporan di seluruh negara berkaitan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan palsu melalui laman sesawang 'lynxoasis.com' dengan melibatkan nilai kerugian RM688,099.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan menggunakan platform media sosial Instagram dan Facebook untuk mengiklankan tawaran pekerjaan sambilan selaku ejen tempahan hotel.
Beliau berkata mangsa yang berminat akan diminta membuka akaun menerusi laman lynxoasis.com dan menyelesaikan tugasan tempahan hotel sebagaimana diarahkan.
"Tempahan perlu dibuat menggunakan wang mangsa terlebih dahulu dengan jaminan ia akan dipulangkan semula berserta komisen dan mangsa dijanjikan komisen sebanyak 0.6 hingga 10 peratus bergantung kepada tugasan yang diselesaikan.
"Melalui laman sesawang itu, mangsa akan dapat melihat wang komisen mereka meningkat, namun apabila ingin mengeluarkan wang keuntungan, sindiket akan mengarahkan mangsa membuat pelbagai bayaran tambahan," katanya.
Menurut Ramli, sindiket juga dikesan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp disyaki menyasarkan mangsa dalam kalangan warga emas dan daripada 19 laporan polis yang diterima setakat ini, tiga daripadanya dalam kategori warga emas dengan kerugian dicatatkan berjumlah RM269,237.
Sementara itu, JSJK turut mengesan dua aplikasi jual beli dalam talian iaitu 'DobeMall' dan 'DoBeVil' disyaki aplikasi penipuan, dengan modus operandi sama iaitu mangsa dapat melihat wang komisen meningkat namun apabila ingin mengeluarkan wang, mangsa akan dikenakan pelbagai bayaran tambahan.
Ramli berkata setakat ini dua laporan polis diterima berkaitan aplikasi terbabit masing-masing di Selangor dan Sarawak melibatkan nilai kerugian RM540,600.
"Dalam kes di Selangor, mangsa ditawarkan untuk memuat turun aplikasi ini melalui rakan maya yang dikenali melalui TikTok manakala di Sarawak, mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi ini setelah menekan pautan iklan tawaran kerja yang dipaparkan menerusi Facebook.
"Setelah memasang aplikasi itu, mangsa diarahkan untuk menggunakan aplikasi itu untuk membuat pembelian barang yang ditentukan dengan jaminan akan memperoleh keuntungan daripada setiap pembelian yang dibuat," katanya sambil menambah kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata semakan lanjut mendapati aplikasi DobeMall masih boleh dimuat turun melalui App Store, namun pihak JSJK akan mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menurunkan kandungan bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa.
"Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan supaya tidak menjadi mangsa kegiatan penipuan dan hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan menerusi talian 997 untuk sebarang aduan dan nasihat berkenaan jenayah penipuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024
Ramli berkata mangsa yang berminat akan diminta membuka akaun menerusi laman lynxoasis.com dan menyelesaikan tugasan tempahan hotel sebagaimana diarahkan. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
JSJK terima 19 laporan berkaitan tawaran kerja palsu menerusi lynxoasis.com
Polis menerima 19 laporan di seluruh negara berkaitan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan palsu melalui laman sesawang 'lynxoasis.com' dengan melibatkan nilai kerugian RM688,099.