KUALA TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas 9,120 kilogram (kg) karkas babi yang tidak disembelih di rumah sembelihan berlesen, di Bandar Permaisuri, Setiu, dekat sini Khamis lepas.
Pengarahnya Dr Anun Man berkata rampasan itu membabitkan 228 keratan karkas babi dan 29 kotak organ babi dengan nilai keseluruhan dianggarkan bernilai RM246,240 selain dua individu turut ditahan.
"Menurut dua individu yang ditahan iaitu pemandu dan kelindan kontena yang membawa karkas itu, kesemua daging berkenaan disembelih di rumah sembelihan JPV namun hasil perbandingan pada cop yang ada di karkas dan di rumah sembelihan JPV adalah tidak sepadan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Anun berkata daging babi itu, dipercayai untuk dihantar ke Kuantan, berkemungkinan dibawa dari Thailand berdasarkan pelekat pada kotak berisi organ yang mempunyai tulisan Thai.
Beliau berkata JPV amat mengambil berat kesalahan penyeludupan apa-apa karkas binatang yang tidak disembelih di rumah sembelihan yang dilesenkan JPV ekoran penularan wabak Demam Babi Afrika.
"Memang penyakit itu sudah melanda Malaysia dan ia boleh menyebabkan kerugian kepada industri ternakan khinzir dalam negara. Di Terengganu, setakat ini kes wabak tersebut hanya berlaku membabitkan babi hutan," katanya.
Beliau berkata kesemua rampasan itu yang merupakan kes pertama membabitkan daging babi di negeri ini akan dilupuskan esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

Rampasan itu membabitkan 228 keratan karkas babi dan 29 kotak organ babi dengan nilai keseluruhan dianggarkan bernilai RM246,240. - Bernama

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 11 Mac 2025
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ibuka rendah turun 1.69 mata kepada 1,545.58 dan bergerak antara paras 1,536.46 dan 1,550.0 sepanjang hari dagangan.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 11 Mac 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi ini.
Ai Revolution: Will Malaysia’s workforce sink or swim?
As AI reshapes industries, Malaysia faces the challenge of ensuring its workforce remains competitive and adaptable. While reskilling programs and certifications like those under MBOT aim to bridge skill gaps, their true impact on employability remains uncertain. With AI advancing rapidly, how can Malaysia future-proof its workforce and prevent recurring cycles of reskilling?
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 11 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Larangan bawa keluar anjing dari Taiping, Bukit Gantang
Dr Ahmad Shafri Hassan menegaskan, mana-mana anjing yang dijumpai berada dalam kawasan jangkitan tanpa mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan akan berdepan risiko dimusnahkan.