GEORGE TOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 102 notis saman ke atas penunggang motosikal dalam operasi pencegahan lumba haram atau mat rempit di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini semalam.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini JPJ Pulau Pinang memaklumkan operasi selama lima jam bermula 12 tengah malam itu, bertujuan mencegah aktiviti lumba haram pada awal pagi, selain memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya.
"Saman yang dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, pamer nombor pendaftaran 'fancy' dan ekstrem, tiada cermin sisi dan ubah suai motosikal tanpa kebenaran.
"Operasi itu juga bagi memastikan pemilik motosikal tidak melakukan penggubahsuaian untuk tujuan lumba haram, uji kelajuan atau rempit. Tindakan tegas akan dikenakan termasuk motosikal disita jika didapati ubah suai tanpa kebenaran," menurut kenyataan itu.
JPJ Pulau Pinang turut memaklumkan penunggang dan pemilik motosikal dinasihatkan agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan.
Sementara itu, Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga motosikal disita dan tiga lelaki berusia 20-an ditahan kerana dipercayai berlumba haram dalam Op Samseng Jalanan di kawasan Bayan Baru, dekat sini awal pagi semalam.
Kenyataan itu memaklumkan dalam operasi bermula 10 malam hingga 3 pagi itu, polis turut mengeluarkan 15 saman ke atas penunggang motosikal kerana pelbagai kesalahan lalu lintas.
"Turut dirampas sebuah motosikal yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di Bayan Lepas dan pemeriksaan mendapati ia dilaporkan hilang di Sungai Nibong baru-baru ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 102 notis saman ke atas penunggang motosikal dalam operasi pencegahan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam. - Foto Facebook JPJ Pulau Pinang
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit.

JPJ P.Pinang keluar 102 saman dalam Op Rempit
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 102 notis saman ke atas penunggang motosikal dalam operasi pencegahan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam.