Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usaha membanteras aktiviti tonto secara besar-besaran di seluruh negara.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ariffin Che Mat berkata langkah itu diambil bagi mengesan ketua sindiket atau dalang di sebalik aktiviti berkenaan.
Pihaknya juga telah menubuhkan sebuah Pasukan Tindakan Khas (PTK) untuk menjalankan siasatan bagi menangani kegiatan sindiket itu, katanya.
"Aktiviti tonto bukan perkara baharu dan pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengesan ketua sindiket berkenaan untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
Kegiatan tonto juga jelas mengganggu tugas penjawat awam dalam menjalankan tugas," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ Parlimen Larut di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai dekat Batu Kurau di sini hari ini.
Pada majlis itu, 237 warga emas di Parlimen berkenaan menerima lesen memandu kelas B2.
Ariffin berkata menerusi kerjasama itu, pihaknya telah berjaya menahan empat tonto di sekitar Perak dan masih menjalankan siasatan untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, pihaknya juga telah mewujudkan sebuah Skuad Muda 1JPJ dalam usaha membantu menangani kegiatan mat rempit di negara ini.
"Skuad berkenaan yang disertai individu berumur 16 tahun ke atas akan membantu kempen JPJ dalam menyedarkan masyarakat termasuk ahli keluarga mereka mengenai keselamatan ketika berada di jalan raya.
"Mereka ini akan membantu JPJ mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya termasuk pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Sementara itu, Ariffin berkata pihaknya telah berjaya membantu 93,461 penduduk luar bandar dan Orang Asli di negara ini untuk memiliki lesen B2 menerusi Program Satu Komuniti Satu JPJ yang telah dilaksanakan sejak 2009 hingga tahun lepas.
"Program ini bertujuan membantu golongan berumur 45 tahun ke atas yang tidak tahu menulis dan membaca mendapatkan lesen.
Kita tidak mahu mereka yang sudah lama menunggang motosikal tanpa lesen kerana mereka terdedah risiko kemalangan jika tidak memiliki lesen motosikal ketika di jalan raya," katanya.
Sementara itu, seorang warga emas, Ahmad Md Daud, 71, berkata beliau berterima kasih kepada JPJ kerana telah membantu warga emas sepertinya untuk memiliki lesen motosikal.
"Saya sudah berpuluh tahun menunggang motosikal tanpa lesen kerana tidak boleh menulis dan membaca menyebabkan usaha untuk mendapatkan lesen terbantut.
Apabila sudah ada lesen B2 ini akan membolehkan saya menunggang motosikal dengan berhati-hati bagi melakukan kerja kampung di sini," katanya yang berasal dari Kampung Sungai Ara dekat sini.
Bernama
Sat May 14 2016
Kerjasama membanteras kegiatan tonto itu diambil bagi mengesan ketua sindiket atau dalang di sebalik aktiviti berkenaan. -Gambar hiasan
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
JPJ kerjasama dengan PDRM, SPAD banteras aktiviti tonto di seluruh negara
Langkah itu diambil bagi mengesan ketua sindiket atau dalang di sebalik aktiviti berkenaan.