KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak merancang membangunkan sebuah makmal di Limbang bagi menguji sampel ujian saringan COVID-19.
Perkara itu didedahkan Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi temu bual dalam rancangan Twenty30 yang disiarkan di saluran TVS pada Isnin.
Menurutnya pembangunan makmal tersebut adalah penting dalam memudahkan urusan pemprosesan sampel ujian saringan COVID-19 yang dijalankan di Limbang dan Lawas.
“Kita merancang untuk membangunkan sebuah makmal bagi memproses sampel ujian saringan di Limbang supaya sampel saringan warga Limbang dan Lawas boleh terus diproses di sana.
“Sekarang kita menghadapi masalah kerana sampel ujian saringan mereka terpaksa dihantar ke Miri dan perjalanan ke Miri agak sukar kerana perlu melalui Brunei Darussalam dan negara itu juga menetapkan pelbagai syarat yang menyulitkan,” kata Uggah.
Ujarnya perancangan tersebut sebagai salah satu strategi JPBN Sarawak dalam mendepani cabaran sekiranya berlaku peningkatan kes positif COVID-19 di negeri itu.
Selain itu, pihaknya juga akan terus memperkasakan pasukan pengesanan kontak yang cekap bagi memastikan kontak rapat kepada kes-kes positif COVID-19 di negeri itu dapat dijejaki dengan cepat.
“Kita sekarang ini komited dalam memperkasakan satu pasukan yang cekap untuk mengesan dan menjejaki kontak rapat kepada kes-kes positif.
“Langkah ini penting kerana dengan pengesanan kontak yang cekap, kita dapat mengekang penularan COVID-19 menerusi maklumat dikongsikan pesakit sekali gus memutuskan rantai penularan wabak ini,” tambah Uggah.
Syafik Shukri Jalil
Tue Oct 20 2020
Menurut Uggah pembangunan makmal berkenaan memudahkan urusan memproses sampel ujian saringan COVID-19 di Limbang dan Lawas.- Foto: TVS
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Orde baharu dunia sedang dibentuk - Presiden Azerbaijan
Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkata orde baharu dunia sedang dibentuk dan dunia kini berada pada permulaan proses itu.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
10 Berita Pilihan - (14 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 15 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.