Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melakukan kajian menyeluruh bagi menilai keperluan penstrukturan semula Bahagian Audit Dalaman Kementerian Kesihatan seperti yang diminta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata kajian melibatkan bahagian kementerian yang berkenaan akan dilakukan, namun pada masa sama enggan mengulas lanjut mengenai tarikh proses berkenaan akan mula dilaksanakan.
Beliau berkata beberapa aspek akan diteliti melibatkan bahagian audit dalaman Kementerian Kesihatan seperti diminta PAC sebelum tindakan seterusnya diambil.
"Kita (JPA) sedia maklum dengan kenyataan dikeluarkan PAC serta mengambil serius mengenainya kerana sentiasa mahukan segala kawalan dalaman dan pengurusan bekalan ubat di klinik kesihatan berada pada tahap terbaik," katanya.
Mohamad Zabidi ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Genta Bahasa ke-3 serta menyempurnakan penutupan program Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam 2016 di Angkasapuri di sini hari ini.
Semalam, PAC dalam satu kenyataan menerusi Pengerusinya Datuk Hasan Arifin meminta supaya JPA menilai keperluan penstrukturan semula Bahagian Audit Dalaman Kementerian Kesihatan bagi mengukuhkan kawalan dalaman dan pengurusan bekalan ubat di klinik kesihatan.
"Bahagian Audit dalaman yang kukuh diperlukan bagi kementerian besar seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran yang membelanjakan sejumlah wang yang besar.
"Terdapat keperluan untuk mengkaji semula agar Bahagian/Unit Audit Dalaman melapor terus kepada Ketua Audit Negara," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Mohamad Zabidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam turut menerima anugerah Tokoh Pejuang Bahasa Perkhidmatan Awam 2016.
Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu diberikan kepada Mohamad Zabidi sebagai penghargaan kepada usahanya dalam mengangkat, menjulang serta memartabatkan Bahasa Melayu menerusi penganjuran pelbagai program.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2016
![JPA kaji keperluan struktur semula bahagian audit dalaman KKM JPA kaji keperluan struktur semula bahagian audit dalaman KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439470727_MohamadZabidiZaina.jpg)
MOHAMAD ZABIDI: Kita (JPA) sedia maklum dengan kenyataan dikeluarkan PAC.
![Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721197285_Pelakontumbuktema.jpg)
Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR
Kertas siasatan kes pelakon tumbuk teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Pembangkang pertikai paparan MP Bukit Gantang masih PN
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussi, kecuali mengenai keanggotaannya sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pelan asal hab anak muda libat naik taraf balapan
Pelan asal pembinaan hab anak muda di Stadium Muar melibatkan skop naik taraf balapan.
![Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721195863_lapanrumahmusnah.jpg)
Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Seorang wanita melecur pada muka serta kaki dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan rumah di Kampung Hidayat, Jalan Apas pagi tadi.
Wanita melecur, lapan rumah di Tawau musnah
Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas, Tawau Sabah pada awal pagi Rabu.
Penganggur tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru mengetepikan hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas seorang penganggur atas kesalahan menikam seorang remaja perempuan sehingga menyebabkan kematian pada 2010
[TERKINI] Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
Telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam.
![Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721199094_insidentembakanber.jpg)
Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.
![Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693632996_EmmanuelMacron.png)
Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal.
![Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721191154_GrandHyattErawanh.jpg)
Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok
Pesuruhjaya Polis Bangkok Thithi Saengsawang dalam satu sidang media lewat Selasa berkata bahawa kesemua mangsa dipercayai dibunuh.
![Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721194929_tbSultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
![Pulau Aman dijadikan Kampung Angkat Madani JPA dengan peruntukan RM2.5 juta Pulau Aman dijadikan Kampung Angkat Madani JPA dengan peruntukan RM2.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714970196_WanAhmadDahlan.jpg)
Pulau Aman dijadikan Kampung Angkat Madani JPA dengan peruntukan RM2.5 juta
Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Kampung Angkat Madani kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Pulau Aman.
![Video penjawat awam: MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub Video penjawat awam: MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712146249_TBMCMCLogo.jpg)
Video penjawat awam: MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub
Rakaman percakapan tersebut merupakan susulan tindakan suspek memuat naik klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan.
![Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712146249_TBMCMCLogo.jpg)
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
!['Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA 'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712917130_TBserangan.jpg)
'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA
JPA menyifatkan rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh sebuah portal dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.
![Poster bantuan khas kewangan RM700 palsu - JPA Poster bantuan khas kewangan RM700 palsu - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710905383_TBbantuankhasjp.jpg)
Poster bantuan khas kewangan RM700 palsu - JPA
Menurut JPA, poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai.
![Puspanita perlu jadi pelengkap kerajaan dalam menyantuni rakyat - KPPA Puspanita perlu jadi pelengkap kerajaan dalam menyantuni rakyat - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709340855_TBWanAhmadDahlan.jpg)
Puspanita perlu jadi pelengkap kerajaan dalam menyantuni rakyat - KPPA
Katanya, sebilangan besar wanita kini merupakan pemimpin dalam pelbagai profesion, sama ada di sektor swasta atau awam termasuk di JPA.
![Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707819240_MohdZukiAli.jpg)
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
![Lantikan kontrak perkhidmatan awam adalah sementara - JPA Lantikan kontrak perkhidmatan awam adalah sementara - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686806242_JPA.jpg)
Lantikan kontrak perkhidmatan awam adalah sementara - JPA
Peegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.
![Laporan Interim 1 Kajian SSPA diserah kepada Anwar - JPA Laporan Interim 1 Kajian SSPA diserah kepada Anwar - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705721676_TBPADUDSAIjpg.jpg)
Laporan Interim 1 Kajian SSPA diserah kepada Anwar - JPA
Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.