KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie menafikan beliau dilantik sebagai naib pengerusi eksekutif baharu dalam syarikat pengeluar pakaian, Caely Holdings.
Beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, makluman Caely kepada Bursa Malaysia mengenai pelantikannya itu adalah “palsu, tidak benar dan mengelirukan orang ramai”.
Menurutnya, beliau ada menghadiri mesyuarat bersama wakil Caely Holdings, Dato’ Loh Ming Choon pada 13 Jun 2022 berbincang mengenai potensi kerjasama antaranya dan Caely Holdings.
“Wakil tersebut juga telah menawarkan kedudukan sebagai naib pengerusi eksekutif (TPE) Caely Holdings di mana ia bertujuan untuk merombak dan/atau mengembangkan bahagian pakaian Caely Holding. Namun tiada apa-apa kata persetujuan yang berjaya tercapai.
"Saya tidak menerima pelantikan sebagai TPE Caely Holdings. Saya juga ingin menekankan bahawa saya tidak menandatangani apa-apa borang dan/atau persetujuan yang membolehkan saya untuk menerima pelantikan sebagai TPE tersebut.
“Oleh demikian, saya dengan ini ingin menyatakan bahawa pengumuman oleh Caely Holdings berkaitan pelantikan saya adalah palsu, tidak benar dan mengelirukan orang ramai,” katanya.
Tambah beliau, pengumuman tidak benar itu telah menconteng arang ke atas reputasinya dari sudut korporat, bisnes dan secara individu.
“Saya mengambil hal ini dengan serius dan saya akan mendapatkan nasihat guaman mengenai hal ini demi mencari cara untuk melaporkan kesalahan sedemikian kepada pihak berkuasa yang berkenaan,” ujarnya.
Caely menyaksikan rombakan lembaga pengarah pada Rabu yang membawa kepada penyingkiran sembilan pengarah dan pelantikan empat pengarah baharu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, Caely mengumumkan pelantikan Jovian sebagai naib pengerusi eksekutifnya.
Astro Awani
Fri Jun 17 2022
Menurut Jovian, pengumuman tidak benar itu telah menconteng arang ke atas reputasinya dari sudut korporat, bisnes dan secara individu. - Gambar fail
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pemegang saham terbesar Classita, bekas CFO buat laporan polis terhadap ED
The Edge melaporkan, Lim telah dipanggil untuk direkod keterangan dan Ting telah dipanggil ke balai polis untuk kawad pengenalan.
Caely mohon maaf kepada Jovian Mandagie, Sandraruben - sah tiada dokumen lantikan lembaga pengarah
Jovian pada 16 Jun 2022 menafikan sekeras-kerasnya pelantikannya sebagai naib pengerusi eksekutif CHB.
Jovian nafi dilantik sebagai naib pengerusi eksekutif Caely Holdings
Makluman Caely kepada Bursa Malaysia mengenai pelantikannya itu adalah -palsu, tidak benar dan mengelirukan orang ramai-.