Militan Daish di selatan Filipina mungkin akan menjadikan bandar Jolo sebagai lokasi kubu mereka selepas Marawi.

Malah, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam tidak menolak kemungkinan militan itu akan melarikan diri ke Indonesia.

Beliau yang juga penganalisis pengganas Islam rantau Asia menjelaskan Jolo merupakan bandar terbesar dalam Rantau Autonomi Muslim Mindanao.

"Memang dari segi sejarahnya, Jolo ini memang merupakan tempat tertubuhnya Abu Sayyaf malah Kem Abu Bakar iaitu kem pertama yang digunakan untuk merekrut pejuang-pejuang jihadis di wilayah rantau ini dan ia dibina di Jolo.

"Ia diasaskan oleh rakyat Malaysia yang telah lari dan menetap di Indonesian sekarang. Jadi saya tengok Jolo ini sangat signifikan dan dan ia akan secara tidak langsung menjadi ancaman kepada negara (Malaysia) secara besar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Katanya, pergerakan militan Daish mungkin tidak secara langsung ke Malaysia sebaliknya akan memalui Indonesia dari Filipina.