JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor mengumumkan peruntukan tambahan dengan kos keseluruhan RM4.15 juta bagi melancarkan usaha pemberian bantuan kepada rakyat yang memerlukan susulan pandemik COVID-19.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri semalam bersetuju untuk memberikan peruntukan itu kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 27 Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) sebagai tambahan kepada pelbagai usaha dan inisiatif khususnya Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor untuk membantu meringankan beban rakyat.
"Sebelum ini, dalam PRE Ihsan Johor 1.0 kerajaan negeri Johor memberikan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada semua 56 ADUN.
"Dalam Belanjawan Johor 2021, kerajaan negeri turut menaikkan jumlah peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang sebanyak tiga kali ganda iaitu daripada RM50,000 kepada RM150,000," katanya dalam kenyataan semalam.
Hasni berkata menyedari lebih ramai rakyat terkesan perlu dibantu, menerusi PRE Ihsan Johor 3.0 lepas, kerajaan negeri telah mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada semua ADUN dan JPKD.
"Kerajaan negeri Johor amat memahami keluh-kesah rakyat yang terjejas ekoran sekatan pergerakan akibat COVID-19. Saya berharap dengan peruntukan tambahan ini, semua wakil rakyat dan JPKD dapat memberikan bantuan kepada lebih ramai rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang masih membelenggu kita hingga kini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
Hasni berkata menyedari lebih ramai rakyat terkesan perlu dibantu, menerusi PRE Ihsan Johor 3.0 lepas, kerajaan negeri telah mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada semua ADUN dan JPKD. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
Tempoh rehat Jumaat dua jam mulai tahun depan - MB Johor
Kerajaan Johor menetapkan tempoh waktu rehat hari Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam bermula 1 Jan tahun depan berbanding hanya satu jam 30 minit ketika ini.
Johor pertimbang sektor awam kerja empat hari setengah seminggu
Johor sedang mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada empat hari setengah seminggu.
Johor catat sejarah, rekod terimaan lebihan RM2 bilion tahun ini - Onn Hafiz
Johor mencatat sejarah apabila diunjur bakal terima hasil RM2.005 bilion tahun ini, pertama kali melebihi RM2 bilion.
Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di tiga negeri hingga 23 Nov
MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.
MAINJ mula laksana proses pemulihan akidah ahli GISB
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mula melaksanakan proses pemurnian dan pemulihan akidah bekas ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
Ramalan awal banjir di beberapa daerah di Johor bermula esok hingga 23 November
Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan amaran banjir yang diramalkan akan berlaku di beberapa kawasan lembangan sungai di negeri Johor bermula esok sehingga 23 November ini.