JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat dengan seramai 30,300 mangsa banjir direkod setakat jam 8 malam ini.
Mereka terdiri daripada 8,520 keluarga yang ditempatkan di 209 pusat pemindahan sementara (PPS).
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata, ia menunjukkan trend peningkatan berbanding 28,000 mangsa daripada 7,805 keluarga pada jam 4 petang tadi.
"Segamat masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu seramai 9,818 daripada 2,758 keluarga yang ditempatkan di 66 PPS.
"Kluang yang juga daerah kedua terjejas turut mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir iaitu seramai 5,547 mangsa daripada 1,574 keluarga di 38 PPS.
"Batu Pahat juga merekodkan penambahan mangsa kepada 3,761 orang daripada 1,021 keluarga di 23 PPS," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurut Azmi, Kota Tinggi pula mencatatkan penurunan jumlah mangsa kepada 2,868 orang daripada 757 keluarga, dengan 18 PPS masih beroperasi di daerah itu.
Katanya, seramai 2,259 mangsa daripada 621 keluarga pula kini ditempatkan di 13 PPS di Muar.
"Manakala di Johor Bahru menempatkan 1,319 mangsa daripada 402 keluarga yang masih berada di lapan PPS.
"Di Tangkak, seramai 1,013 mangsa banjir daripada 271 keluarga kini ditempatkan di 15 PPS. Bagi daerah Kulai, 719 mangsa daripada 179 keluarga pula dipindahkan ke lima PPS.
"Mersing turut terjejas pada banjir kali ini apabila seramai 538 mangsa daripada 160 keluarga dipindahkan ke enam PPS.
"Juga di Pontian seramai 257 mangsa daripada 60 keluarga yang dipindahkan ke lima PPS," kata Azmi.
Menurutnya, laporan terkini dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula meletakkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk atau jingga bagi enam daerah di negeri ini yang mana hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga Sabtu ini.
Katanya lagi, empat daerah lain dijangka akan menerima hujan berterusan sehingga Sabtu dengan amaran tahap waspada atau kuning.
"Amaran tahap buruk dikeluarkan bagi Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala tahap waspada dikeluarkan bagi Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Thu Mar 02 2023

Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat dengan seramai 30,300 mangsa banjir direkod setakat jam 8 malam. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.

Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka berlarutan hingga Sabtu depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah
Mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,266 orang daripada 392 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terjejas, setakat jam 1 tengah hari Sabtu.

Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.

Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.

Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.

Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.

Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.

Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.

1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.