ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) sedang merancang membangunkan beberapa lagi tanah perkuburan Islam bersepadu di negeri ini bagi memastikan ia dapat diurus dengan lebih sistematik.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata setakat ini sebuah tanah perkuburan tersebut telah dibuka di Pasir Gudang manakala sebuah lagi akan dibangunkan di Padang Tembak, Kluang.
"Tujuan utamanya adalah supaya lebih luas, berpusat, mudah diakses dan tersusun selain berkonsepkan perkuburan dalam taman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor, di sini, pada Rabu..
Sementara itu, beliau berkata tanah perkuburan Islam di negeri ini masih mencukupi bagi menampung keperluan dan MAIJ sentiasa berusaha mengenal pasti kawasan sesuai untuk membangunkan tanah perkuburan baharu.
"Lokasi baharu tanah perkuburan di setiap daerah, mukim atau kampung sudah dikenal pasti termasuk juga tanah wakaf, kemudian ia (lokasi) akan dibawa kepada pengetahuan Tabung Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
![Johor rancang buka beberapa tanah perkuburan Islam bersepadu Johor rancang buka beberapa tanah perkuburan Islam bersepadu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679379735_MohdFaredMohdKhal.jpg)
Mohd Fared berkata setakat ini sebuah tanah perkuburan tersebut telah dibuka di Pasir Gudang manakala sebuah lagi akan dibangunkan di Padang Tembak, Kluang. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Tiada larangan aktiviti penyembelihan haiwan korban di dalam masjid, surau di Johor Tiada larangan aktiviti penyembelihan haiwan korban di dalam masjid, surau di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533225998_LembuKorban.jpg)
Tiada larangan aktiviti penyembelihan haiwan korban di dalam masjid, surau di Johor
Kecoh di media sosial apabila tular draf pekeliling yang melarang pelaksanaan ibadah korban dalam kawasan masjid dan surau di negeri ini.
![Derita Hazreel berpanjangan kerana kesempitan wang Derita Hazreel berpanjangan kerana kesempitan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71486897026_HazreeMikael.jpg)
Derita Hazreel berpanjangan kerana kesempitan wang
Hazreel memerlukan bantuan RM4,000 sebulan untuk perbelanjaan membeli ubat-ubatan dan kain balutan.