KLUANG: Kerajaan Negeri Johor merancang untuk membina sebuah hab logistik di dalam kawasan Simpang Renggam, kerana kedudukannya yang strategik iaitu berada di tengah-tengah negeri itu.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kawasan berkenaan juga mempunyai kelebihan kerana terletak berhampiran dengan tiga akses lebuh raya iaitu di Simpang Renggam, Machap dan Ayer Hitam menjadikan ia tempat yang ideal untuk hab berkenaan.
Beliau berkata selain itu, kedudukannya yang tidak jauh dari Johor Bahru, Singapura dan Kuala Lumpur itu menjadi faktor Simpang Renggam dilihat lokasi yang sesuai untuk pembangunan hab logistik berkenaan.
"Bagi tujuan pembinaan hab ini, kita sebenarnya telah mula berbincang dengan Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) dan juga Pegawai Daerah Kluang.
"Sekarang, kita dalam usaha untuk melihat kawasan yang benar-benar sesuai untuk dibangunkan sebagai hab logistik berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Johor Bersama Penduduk Kawasan Simpang Renggam di Taman Perling di sini semalam.
Menurut Onn Hafiz, cadangan awal untuk membangunkan hab berkenaan telah dilaksanakan dan memasuki draf pertama, namun perlu kajian yang mendalam sebelum sebarang keputusan dibuat selain cadangan itu juga memerlukan persetujuan di peringkat negeri
"Kita perlu mengkaji perkara itu dengan teliti terlebih dahulu sebelum apa-apa keputusan boleh dibuat di peringkat mesyuarat Exco kerajaan negeri. Harap-harap hujung tahun ini, kita ada sesuatu keputusan yang lebih konkrit.
"Ia dalam perancangan tetapi pada masa sama, saya mahu pastikan perkara asas seperti jalan raya dapat dibaiki dan dinaik taraf terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
Onn Hafiz menurunkan tanda tangan pada plak perasmian Dewan Terbuka Taman Perling sempena Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Johor bersama penduduk Simpang Renggam di Kluang, 21 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Johor rancang bina hab logistik di Simpang Renggam
Simpang Renggam juga terletak berhampiran tiga akses lebuh raya, menjadikannya lokasi ideal untuk pembangunan hab logistik.
Pertumbuhan import eksport e-dagang Malaysia-China meningkat
Ini sekali gus, mencapai peratusan 32.27 peratus secara keseluruhan untuk kedua-dua tahun bagi tempoh yang sama (Januari sehingga Ogos).
Malaysia tawar infrastruktur logistik dagangan bertaraf dunia
Malaysia sebenarnya mampu menjadi hab logistik di rantau Asia dengan wujudnya Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada Mac tahun ini.