JOHOR BAHRU: Johor memerlukan pelan induk jangka panjang yang komprehensif, holistik dan menyeluruh yang diperkasakan oleh inovasi dan reka bentuk berteknologi tinggi untuk melindungi negeri daripada bencana iklim seperti kejadian banjir baru-baru ini, pada masa hadapan.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sehubungan itu, ia menuntut usaha berbagai-bagai sektor dan pihak antaranya penggubal dasar, ahli akademik, pemain industri utama dan pembangun teknologi untuk mengatasi cabaran ini bersama-sama.
"Satu daripada isu mendesak yang kita (Johor) hadapi ialah banjir, yang pada masa ini menjadi impak iklim yang berulang di negeri ini. Bencana ini, antara lain, adalah kesan buruk perubahan iklim, perancangan bandar dan landskap geografi di beberapa kawasan tertentu yang berada di paras atau di bawah paras laut.
"Banjir baru-baru ini menunjukkan hakikat bahawa jika kita tidak mengatasi perkara ini, ia akan memburukkan keadaan di negeri ini. Bencana iklim ini telah menyebabkan kemusnahan dari segi kewangan mahu pun masyarakat.
"Kerugian berjuta-juta. Kerajaan tempatan, perniagaan, industri dan yang paling nyata, rakyat menderita," katanya dalam ucaptama pada Forum "Johor Conversations: A Sustainable Johor Rooted In Resilience" di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar.
Berkaitan jaminan makanan, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap berkata Johor amat komited dalam menerajui sektor berkenaan.
Beliau berkata krisis makanan global ditambah isu domestik baru-baru ini telah menyedarkan kerajaan negeri mengenai kepentingan membangunkan rantaian bekalan makanan berskala besar bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat.
"Trend pengeluaran makanan yang tidak stabil di negara pengeksport telah mendorong Johor untuk mengambil langkah strategik yang lebih tersusun dalam mewujudkan sistem sara diri bagi pengeluaran makanan yang mampan bagi memastikan jaminan makanan kepada rakyat.
"Meskipun pembangunan mampan, saya yakin ia akan menyokong kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan menarik yang akan terus diperkukuh, sekali gus menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar negeri," katanya.
Setakat ini, Johor telah menjana pendapatan memberangsangkan selain memperkasakan rakyat dengan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan menerusi berbagai-bagai inisiatif pembangunan jaminan makanan merangkumi aktiviti pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan selain ternakan dan pengeluaran telur.
"Selain itu, kita berbangga melihat pertumbuhan pesat dalam industri makanan asas, perikanan, industri asas tani serta ternakan ruminan dan tenusu.
"Saya harap sesi perbincangan hari ini akan mengenal pasti bidang utama bagi penambahbaikan sekali gus mencari penyelesaian yang mengguna pakai teknologi inovasi selain amalan pertanian mampan. Dalam masa sama, saya berharap akan ada input dan idea baharu dari segi penambahbaikan penggunaan tanah dan bekalan air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap berkata Johor amat komited dalam menerajui sektor jaminan makanan. - Gambar fail
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Sabah FC 3-1 dalam saingan di Stadium Likas malam ini.
Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor
Kerajaan memperuntukkan RM206.8 juta bagi pembangunan infrastruktur berkaitan air di Johor meliputi 22 projek sambungan dan lapan projek baharu.
Johor berjaya tarik 50 pusat data dalam dua tahun lepas - Onn Hafiz
Pertumbuhan pesat dalam industri pusat data menunjukkan keupayaan Johor menjadi hab pusat data baharu di Asia.
Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor
Johor telah menggerakkan operasi pembersihan dan penyelenggaraan longkang serta parit secara besar-besaran bagi mengatasi isu banjir kilat di negeri itu.
Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, penganggur dihadap ke mahkamah
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
Pasang 170 tiang lampu di Lebuhraya Pasir Gudang, elak kemalangan
Keadaan Lebuhraya Pasir Gudang dari kawasan Perling yang dilaporkan gelap sehingga mengundang kemalangan jalan raya, mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Tumpahan minyak: Pembersihan Pantai Sungai Rengit, Teluk Ramunia bermula hari ini
Kerja-kerja pembersihan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia susulan tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, bermula secara rasmi 9.30 pagi hari ini.
Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.
Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M
Perjanjian itu dibatalkan apabila orang Melayu bergabung dalam UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.
JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.