BATU PAHAT: Johor akan melaksanakan kempen semakan arah kiblat bagi memastikan tiada kekeliruan dalam menentukan perkara itu turut berlaku di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata kempen menyemak arah kiblat itu akan bermula minggu depan dengan fasa pertama melibatkan premis kerajaan dan sekolah di semua 10 daerah di Johor.
Beliau berkata kempen berkenaan yang akan digerakkan oleh satu jawatankuasa khas dianggotai pelbagai agensi termasuk Jabatan Agama Islam, akan memastikan arah kiblat di semua premis itu adalah tepat.
"Kita mengambil nasihat daripada Datuk Dr Nooh Gadut bahawa sekalipun negeri itu (yang berlaku salah arah kiblat) bukan negeri Johor, tapi selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, saya bersama agensi berkaitan akan menggerakkan kempen semakan arah kiblat bersama.
"... saya percaya hal ini boleh dilakukan dengan kerjasama pejabat agama daerah, masjid dan surau dan mereka ini diberi latihan supaya mereka juga dapat membantu penduduk kampung, taman supaya menyemak semula arah kiblat masing-masing," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Parit Puasa, di sini pada Jumaat.
Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah itu berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan berhubung salah arah kiblat dan meminta orang ramai yang keliru supaya menghubungi jabatan agama berhubung isu itu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Nooh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang akan memanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Majlis Agama Negeri berhubung isu arah kiblat tersasar yang dibangkitkan baru-baru ini.
Ia susulan pemeriksaan Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor yang mendapati hanya 5,000 kediaman atau premis yang diperiksa ada penanda arah kiblat ditandai tuan rumah dengan kira-kira 2,000 daripadanya terpesong.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
Mohd Fared berkata, kempen berkenaan akan memastikan arah kiblat di semua premis di Johor adalah tepat. - Gambar hiasan/Unsplash
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Cukai taksiran turun 0.25 hingga 2 peratus ikut jenis bangunan - Datuk Bandar Ipoh
Sebahagian besar cukai taksiran dalam kawasan pentadbiran MBI telah turun sebanyak 0.25 peratus hingga dua peratus mengikut jenis bangunan.
Semak arah kiblat kediaman masing-masing
Peristiwa Istiwa' A'zam bakal berlaku lagi pada 27 atau 28 Mei dan 15 atau 16 Julai ini.
Johor laksana kempen semakan arah kiblat
Kempen akan bermula minggu depan dengan fasa pertama melibatkan premis kerajaan dan sekolah di seluruh negeri Johor.
Arah kiblat masjid, surau di Selangor tidak perlu diragui - MAIS
Badan itu turut mewajibkan agar penentuan arah kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu masjid, surau atau musolla yang baharu mula beroperasi.
Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti
Umat Islam di Melaka boleh membuat semakan arah kiblat di rumah, surau dan pejabat, Rabu ini, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.