JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan membentangkan hala tuju bagi menghijaukan negeri ini dalam konteks alam sekitar, ekonomi, tenaga dan teknologi pada November ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara berkenaan akan dibentangkan dengan lebih terperinci semasa Minggu Iklim Asia-Pasifik (APWC) yang akan berlangsung di negeri ini pada bulan itu.
"Saya percaya kerjasama erat daripada agensi berkaitan seperti JETCO (Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor), IRDA (Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar) dan Permodalan Darul Ta'zim (PDT), usaha peralihan tenaga hijau mampu dilaksanakan dengan jayanya," katanya menerusi hantaran di laman rasminya di Facebook pada Khamis.
Beliau turut berterima kasih kepada Pengerusi JETCO di Singapura, Datuk Hasni Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Muhamad Umar Swift kerana sudi berbincang bersamanya mengenai hala tuju bagi menghijaukan Johor.
Hadir sama dalam perbincangan ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Johor, Anuar Abdul Manap; Ketua Eksekutif PDT Datuk Ramlee A Rahman serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Johor, Dr. Amirul Haffiz Ariff, katanya.
Johor dipilih sebagai tuan rumah APCW 2023 dan konvensyen itu dijangka menyaksikan penglibatan 2,000 wakil dari 150 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Onn Hafiz berkata perkara berkenaan akan dibentangkan dengan lebih terperinci semasa APWC yang akan berlangsung di negeri ini pada bulan itu. - Gambar FB Onn Hafiz
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
SFZ, SEZ bakal jadi pemangkin ekonomi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata, SEZ Johor-Singapura mampu menjadikan Johor seperti bandar raya Shenzhen di China, yang berkembang maju selepas empat dekad menjadi SEZ.
Johor bentang hala tuju hijau negeri pada November ini
Kerajaan Johor akan membentangkan hala tuju bagi menghijaukan negeri ini dalam konteks alam sekitar, ekonomi, tenaga dan teknologi pada November ini.