SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri mengenal pasti satu lokasi berdekatan persimpangan masuk dari Jalan Pantai ke laluan baharu Jalan Temiang-Pantai yang sesuai dijadikan sebagai kawasan parkir.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata bagaimanapun kawasan tersebut adalah tanah milik individu dengan keluasan 0.7 hektar.
Katanya pada masa sama kerajaan negeri akan mengenal pasti tempat lain yang sesuai bagi tujuan tersebut dan akan melibatkan proses pengambilan balik tanah.
"Lokasi berkenaan paling diminati peminat berbasikal, kenderaan bermotor dan orang ramai untuk mengambil gambar di kawasan 'New Zealand Malaysia' itu dan kita sedia maklum banyak masalah menyebabkan kacau ganggu serta masalah lalu lintas di situ," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ng Chin Tsai (PH-Temiang) yang ingin tahu sejauh mana cadangan kerajaan negeri untuk membina tempat letak kereta atau kawasan hentian di Jalan Temiang-Pantai.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata JKR negeri juga akan membuat permohonan baharu bagi penambahan lampu jalan di kawasan berkenaan di bawah Program Keselamatan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia (blackspots) dalam rolling plan akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata bagaimanapun kawasan tersebut adalah tanah milik individu dengan keluasan 0.7 hektar. - Gambar fail/BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

JKR N. Sembilan kenal pasti kawasan parkir di Jalan Temiang-Pantai - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan mengenal pasti satu lokasi di Jalan Temiang-Pantai yang sesuai dijadikan sebagai kawasan parkir.