KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) terpaksa memberi keutamaan kepada pesakit COVID-19 yang mempunyai unjuran kadar kesembuhan tinggi (high prognosis) di unit rawatan rapi (ICU) hospital di negeri itu.
Malah tegas Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin, pihaknya juga penggunaan wad dan bilik bedah sebagai ICU sekali gus menyumbang kepada kadar penggunaan katil ICU tertinggi iaitu 126 peratus di Sabah.
Menurutnya, tiga hospital iaitu Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu; Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Hospital Tawau menunjukkan peningkatan penggunaan katil ICU.
"Memang kadar penggunaan kita tinggi sebab kita buka bilik bedah dan beberapa wad untuk dijadikan ICU.
"Malah kita akan melihat kepada high prognosis sesuatu kes. Ada yang keupayaan untuk sembuh dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
BACA: Penggunaan ICU di Sabah, Kedah, Perak melebihi kapasiti
Sebelum ini, data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menunjukkan sebanyak 90 peratus katil ICU digunakan di hospital COVID-19 di seluruh negara setakat Rabu, dengan kadar penggunaan tertinggi adalah di Sabah sehingga melebihi kapasiti, iaitu sebanyak 126 peratus.
Noor Hisham, penggunaan katil ICU di Kedah dan Perak juga melebihi kapasiti, iaitu masing-masing sebanyak 121 dan 107 peratus.
Selain itu, Dr Rose Nani menjelaskan, kapasiti katil dan alat bantuan pernafasan setakat ini masih mencukupi.
Ditanya sekiranya trend kes COVID-19 Kategori 3 hingga 5 semakin meningkat hingga terpaksu dimasukkan ke ICU, beliau menjelaskan ada pelan kontengensi seperti menggunakan khidmat hospital swasta berhampiran.
"Itulah apabila kes meningkat melibatkan pesakit Kategori 3 hingga 5 kita akan bekerjasama dengan hospital swasta," katanya.
Astro Awani
Thu Sep 02 2021
Tiga hospital iaitu Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu; Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Hospital Tawau menunjukkan peningkatan penggunaan katil ICU.
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan disyaki pecah masuk pejabat
Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya empat kes pecah pejabat dan curi termasuk curi kereta di kawasan Lembah Klang.
JKNS beri keutamaan pesakit ada kesembuhan tinggi
Penggunaan wad dan bilik bedah adalah faktor peningkatan penggunaan katil unit rawatan rapi yang mencecah 126 peratus di Sabah.
COVID-19: Doktor kini terpaksa buat pilihan sukar di ICU - Dr Noor Hisham
Negara kini sudah tiba pada tahap doktor terpaksa memberi keutamaan kepada pesakit COVID-19 yang mempunyai kadar kesembuhan tinggi.