KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan melakukan siasatan secara menyeluruh dan terperinci berhubung kematian bayi lelaki berusia dua bulan pada Jumaat lepas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata pihaknya amat prihatin dengan insiden itu dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
"Pihak pengurusan hospital telah melakukan siasatan awal dan mendapati pesakit telah dimasukkan ke HRPZ II pada 5 Feb lepas akibat cirit-birit yang melampau selama beberapa hari sehingga mengakibatkan pelbagai komplikasi.
"JKNK memandang serius insiden ini dan akan melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap semua pihak yang terlibat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
BACA: HRPZ II adakan pertemuan dengan keluarga bayi meninggal dipercayai kecuaian hospital
Semalam, Bernama melaporkan pihak HRPZ II akan mengadakan pertemuan dengan keluarga mangsa yang mendakwa berlaku kecuaian ketika mendapatkan rawatan di hospital itu sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut.
Pengarah HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata pihaknya telah mengadakan siasatan melibatkan pakar perubatan, doktor dan jururawat yang bertanggungjawab merawat bayi itu berikutan tular video di Facebook milik 'Ola Ola' yang mendakwa anaknya meninggal dunia akibat kecuaian doktor di hospital berkenaan ketika memberikan rawatan.
Menerusi video yang meraih tontonan melebihi 60,000 itu juga, Ola Ola mendakwa anaknya dipaksa berpuasa selama lima hari selain diberikan susu tamat tempoh dan ubat tidur tanpa keizinan beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022

Dr Zaini berkata pihaknya amat prihatin dengan insiden yang berlaku di HRPZ II itu dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. - Gambar/ Google Maps
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

JKNK siasat kematian bayi dua bulan di HRPZ II
Dr Zaini Hussin berkata pihaknya amat prihatin dengan insiden itu dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.