PASIR MAS: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman bercadang membina menara tinjau di sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok selain menambah baik pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Pengarahnya, Datuk Hazani Ghazali bagaimanapun berkata perkara itu masih di peringkat cadangan dan prosesnya agak rumit kerana melibatkan tanah hak milik persendirian.
"Sekiranya kita berjaya membina menara tinjau, kawasan pos kawalan dan sekitarnya juga akan digazetkan sebagai kawasan larangan bagi memudahkan segala gerak kerja operasi dilakukan dengan lebih lancar," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pos Ibrahim Pencen dekat Rantau Panjang di sini semalam.
Hazani berkata kesemua pos kawalan PGA perlu dibersihkan daripada semak samun supaya setiap anasir luar yang cuba menceroboh masuk ke negara ini dapat dikesan dengan mudah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022
Hazani berkata kesemua pos kawalan PGA perlu dibersihkan daripada semak samun supaya setiap anasir luar yang cuba menceroboh masuk ke negara ini dapat dikesan dengan mudah. - Gambar fail BERNAMA
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Tanah runtuh di Hulu Langat, kerja pembersihan ambil masa 3 hingga 4 hari
Menurut Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat, Mohd Zulkefly Sulaiman, laluan mungkin akan terus ditutup sementara untuk pemantauan tahap keselamatan struktur tanah.
Siasatan tanah runtuh di Hulu Langat bermula
Ketua Polis Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaludin berkata runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat beberapa hari lepas.