SHAH ALAM: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor hari ini memperkenal Kiosk MyOnline Pasport bagi memudahkan proses dan permohonan mendapatkan dokumen perjalanan itu kepada pelanggan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor di sini.
JIM Selangor menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan penempatan kiosk itu bertujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan lebih mudah dan cepat.
"Dianggarkan permohonan PMA seluruh Selangor adalah sebanyak 2,900 sehari dan hampir mencecah kepada 60,000 sebulan. Pengeluaran yang tinggi menjadikan JIM Selangor antara pejabat pengeluar PMA tertinggi di Malaysia.
"Atas dasar ini, JIM Selangor mengambil pendekatan proaktif membantu pelanggan yang hadir secara jumpa terus ke pejabatnya di UTC terutama pada waktu puncak," menurut hantaran itu.
JIM Selangor memaklumkan kategori yang layak diberi keutamaan mendapatkan kemudahan di kiosk itu adalah pemohon berumur 13 tahun dan ke atas serta bukan daripada kategori permohonan PMA baharu, warga emas serta orang kurang upaya (OKU).
"Turut dapat menggunakan kemudahan itu adalah PMA yang hilang dan rosak atau pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022

Kiosk itu bertujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan pasport dengan lebih mudah dan cepat. - Gambar hiasan

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

GRO 15 tahun antara 35 PATI ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Selangor
Operasi yang bermula pada pukul 11 malam menyasarkan pusat hiburan berkenaan yang dipercayai menyediakan perkhidmatan tidak bermoral.