Mentaliti 'kelas pertama' perlu ada dalam setiap jiwa warga kota untuk merealisasikan sebuah bandar raya bertaraf dunia.
Namun yang menjadi persoalan, adakah Kuala Lumpur sudah bersedia untuk mencapai sasaran status bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020?
Bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-12 yang akan disambut esok, wartawan Bernama menemu bual Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz untuk berkongsi harapan dan keazamannya dalam memastikan ibu negara terus unggul dan bertaraf dunia.
Menurut Mhd Amin, sebuah bandar raya yang berdaya maju dan bertaraf dunia bukan sahaja tertumpu kepada kerancakan pembangunan dan kelestarian yang ada pada bandar itu, tetapi mentaliti penduduk juga memainkan peranan penting.
Beliau berkata mentaliti yang dimaksudkan itu adalah mentaliti 'kelas pertama' iaitu warga kota mempunyai tanggungjawab sivik yang tinggi dan patuh dengan segala peraturan yang ada.
"Biarpun sesebuah bandar itu sedang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit giat dibangunkan, tetapi jika tanggungjawab sivik dan disiplin adalah lemah, maka bandar itu tidak dapat maju.
"Jika mereka (warga kota) akur dengan setiap peraturan lalu lintas, peraturan perniagaan, peraturan kebersihan, kita akan melihat negara kita ini setanding dengan Tokyo atau Australia," jelas Mhd Amin.
Menurutnya apalah gunanya jika Kuala Lumpur berjaya mencapai status bandar raya bertaraf dunia tetapi mentaliti penduduk masih tidak maju, sedangkan perkara itu datang seiring kemajuan yang dikecapi.
Kesalahan lalu lintas
Beliau menjelaskan rekod Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mencatat lebih 1 juta saman trafik dikeluarkan setiap hari yang meliputi kesalahan lalu lintas dan peraturan letak kenderaan sekali gus menunjukkan nilai sivik penduduk masih ditahap yang perlu diperbaiki.
"Saya nak jadikan Kuala Lumpur ini bandar yang berdaya maju, bersih, indah, kemas dan ceria malah mentaliti penduduk juga pun kena seiring dengan negara maju yang lain," katanya.
Dalam langkah mencorak mentaliti penduduk kota, pihak DBKL tidak akan lagi berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Malah, Mhd Amin berkata tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar dengan arahan itu lebih-lebih lagi apabila memberi tekanan dan membebankan warga kota yang lain.
Tambah beliau, dalam menyemarakkan lagi semngat perpaduan antara kaum dalam kalangan warga kota, sambutan Hari Wilayah Persekutuan kali ini juga memperlihatkan lebih 10 program dianjurkan oleh pihak DBKL.
Menurutnya, kesemua program yang diatur berkait dengan tema sambutan tahun ini iaitu 'Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera' dalam membangkitkan semangat kebersamaan dan perasaan sayang kepada Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Datuk Bandar juga berkongsi mengenai kedudukan Kuala Lumpur sepanjang tahun 2015 di mata dunia dari aspek pembangunan bandar yang boleh dibanggakan.
Antaranya, Kuala Lumpur di tangga ke-18 dunia seperti dilaporkan Bank Dunia dalam 'Feasibility of Doing Business 2015' yang meningkat 2 anak tangga dari tahun 2014.
Seterusnya, dalam aspek 'Dealing with Construction Permits', Kuala Lumpur berada di tangga ke-12 berbanding kedudukan 28 pada tahun 2013.
Bernama
Sun Jan 31 2016

Mentaliti yang dimaksudkan itu adalah mentaliti 'kelas pertama' iaitu warga kota mempunyai tanggungjawab sivik yang tinggi dan patuh dengan segala peraturan yang ada. - Gambar fail

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Jika mahu KL bertaraf dunia, perlu diiringi mentaliti kelas pertama - Datuk Bandar
Perkara yang menjadi persoalan, adakah Kuala Lumpur sudah bersedia untuk mencapai sasaran status bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020?