"Saya dah mengharumkan nama Perak bertahun-tahun, majukan sekolah tahfiz saya bertahun-tahun. Tapi kalau macam ini layanan diberikan kepada saya, tidak mengapalah. Saya buat kerja untuk Tuhan.”
Demikian reaksi Datuk Mohd Kazim Elias yang kelihatan kecewa apabila sehingga kini kerajaan negeri masih belum menghubunginya dalam proses mengambil alih pusat tahfiz tersebut.
Beliau berkata, situasi sebegitu menyebabkan pendakwah itu kini tidak lagi meletakkan sebarang harapan, namun memaklumkan pusat pengajian tersebut akan mempunyai pengurusan baharu bermula 1 September nanti.
Menurutnya, bangunan yang dikatakan akan dijual di pusat tahfiz itu juga akan diserahkan sepenuhnya kepada pengurusan baharu tanpa dikenakan bayaran atau sewa, cuma sambung menguruskannya sahaja.
"Macam saya cakap sebelum ini, sebelum saya nak jual, saya nak minta pengusaha tahfiz ambil alih sekolah saya tapi mereka tidak sanggup. Selepas isu ini tular, ada satu maahad tahfiz sanggup ambil alih pada 1 September ini.
"Saya tiada lagi unit tahfiz di sekolah tersebut dan akan memberi tumpuan kepada sekolah pondok sedia ada. Saya tak ambil bayaran pun bila mereka ambil alih. Mereka nak ambil alih pun saya bersyukur dah,” katanya ketika ditemui selepas selesai wacana, pada Isnin.
BACA: Kompleks Al Barakah untuk dijual?
BACA: 'Tiada arahan halang berceramah'
BACA: Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah tangguh untuk dijual
Mohd Kazim berkata, beliau bersedia bertemu dengan kerajaan negeri berhubung soal pengambil alihan sekolahnya, namun sehingga kini tiada perkembangan positif daripada kerajaan negeri.
Lebih mengecewakan, katanya, ada pihak yang sebelum ini sedia membantu Pusat Tahfiz Al Barakah, bagaimanapun mengundurkan diri sebaik kerajaan negeri mengumumkan akan membantu pusat pengajian tersebut.
BACA: Ustaz Kazim serah sekolah tahfiz kepada pengurusan baharu
Sinar Harian
Wed Aug 29 2018

Mohd Kazim sedia bertemu dengan kerajaan negeri berhubung soal pengambil alihan sekolahnya, namun sehingga kini tiada perkembangan positif. - Gambar fail

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta
MUSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh KJTS setelah selesai pengambilalihan.

Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Syarikat penerbangan Sarawak dijangka beroperasi pada 2025 - Abang Johari
Pada masa ini, proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan negeri itu sedang berlangsung.

Sarawak sasar ambil alih satu lagi entiti untuk rancakkan sektor keusahawanan
Pengambilalihan itu akan diumum dalam tempoh sebulan dua ini dan ia merupakan satu daripada tiga entiti utama yang akan menjadi milik penuh negeri tahun ini.

Kerajaan Sarawak jalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings
Kerajaan negeri Sarawak kini sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.

Sentral Reit ambil alih Menara CelcomDigi pada harga RM450 juta
Ia dijangka mengembangkan saiz asetnya sebanyak 21 peratus daripada RM2.15 bilion setakat 31 Dis 2022, kepada kira-kira RM2.60 bilion.

Erfan Gym & Fitness serius ambil alih Kelantan FC
Keputusan itu dibuat untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan yang pernah dikecapi oleh Kelantan FC pada 2012 dan 2013 lalu.

LTAT ambil alih pegangan saham Boustead Holdings Berhad
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pengambilalihan syarikat Boustead Holdings Berhad (BHB) dengan pegangan saham berjumlah kira-kira 97.63 peratus.

Kapal LCS: Kerajaan tiada pilihan selain ambil alih BNS - Anwar
Kerajaan tiada pilihan selain mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Ingenieur Gudang ambil alih Pandan Safari berharga RM9.07 juta
Ruang penyimpanan dan gudang yang terletak secara strategik adalah penting untuk perkhidmatan logistik yang cekap.