MELAKA TENGAH: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki meliwat kanak-kanak berusia 12 tahun sebanyak 30 kali di sebuah asrama lelaki saudara baharu di sini, sejak Mei lalu.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata detik hitam yang dipendam mangsa selama tujuh bulan itu terbongkar apabila dia bertindak menceritakan perkara sebenar kepada bapanya selepas tidak tahan kerap diganggu oleh suspek yang berusia 20 tahun.
Beliau berkata, kejadian pertama dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi semasa mereka berada di bilik asrama sebelum berlarutan termasuk di tandas asrama.
“Pada kejadian pertama 14 Mei lalu, suspek yang juga rakan sebilik mangsa telah mengejutkannya dari tidur dan bertindak meliwat mangsa tanpa kerelaan sebelum kejadian sama berulang keesokannya.
“Kira-kira seminggu kemudian suspek telah membawa mangsa ke tandas asrama dan menyuruhnya untuk meliwat suspek dan disebabkan berasa takut, pengadu mengikut sahaja kehendak suspek,”katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut katanya, sepanjang berada di asrama tersebut mangsa telah diliwat sebanyak 30 kali dan selepas kejadian itu, mangsa hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan hal tersebut kerana bimbangkan keselamatan diri.
Katanya, mangsa kemudian bertindak menceritakan kejadian itu kepada bapanya pada Ahad lalu sebelum bapanya itu menghubungi suspek dan memintanya datang ke rumah.
“Kira-kira pukul 11.45 pagi suspek telah datang ke rumah mangsa sebelum tiga anggota polis dan lapan anggota RELA tiba di lokasi dan membawa suspek ke balai polis.
“Mangsa ini tinggal di asrama lelaki (saudara baru) sejak April 2023 kerana ibunya yang merupakan Pembantu Guru Mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita yang mana mangsa tinggal di asrama bagi memudahkannya untuk ke sekolah,”tambahnya.
Katanya, suspek yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang dan tidak bekerja itu kini direman enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Dec 26 2023
Polis mengesahkan kejadian pertama dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi semasa mereka berada di bilik asrama sebelum berlarutan termasuk di tandas asrama. - Gambar hiasan
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Consider This: Heavy Vehicles - How Can Malaysia’s Roads Be Made Safer?
In the first ten months of 2024, 825 lorries were involved in fatal accidents, contributing to over 5,300 deaths—a stark reminder that although heavy vehicles make up a small fraction of traffic, their disproportionate involvement in fatalities highlight deep systemic issues. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Qamar Wan Noor, Leadership and Transformation Consultant and the former COO of the-then Land Public Transport Commission (SPAD) and Shahrim Tamrin, who is a Road Safety and Sustainable Transport Activist and Former Board Member of the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).
Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.
AWANI Tonight 31 Jan 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. PM defends govt's plans to aid in Gaza's reconstruction
2. Record coffee prices: How will they affect your morning brew?
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM defends govt's plans to aid in Gaza's reconstruction
2. Record coffee prices: How will they affect your morning brew?
#AWANIEnglish #AWANINews
Keluarga minta penjelasan pihak berkuasa tahanan dimasukkan ke hospital
Bapa kepada P Jagdesshraj, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila ke mahkamah untuk mendengar prosiding anaknya pada 20 Jan lepas.
AWANI Tonight: Coffee prices: Brewing challenges ahead
Is your morning coffee getting more expensive? Astro AWANI’s Farhana Sheikh breaks down why coffee prices are rising and how Malaysian brewers and consumers are coping.
AWANI Tonight: Weststar-GAP Secures Offshore Aviation Contract with Santos
Weststar-GAP, a joint venture between Weststar Aviation and Timor GAP has signed a contract with Santos Limited, an Australian oil and gas company. Astro AWANI's Khalis Khadir has the details.
Jijik! Murid tahun enam jadi 'pemuas nafsu' songsang pemuda 20 tahun
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki meliwat kanak-kanak berusia 12 tahun sebanyak 30 kali di sebuah asrama lelaki saudara baharu di sini, sejak Mei lalu.