ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mempergiatkan pemantauan di 71 restoran dan kedai makan di negeri ini yang dikenal pasti sering dikunjungi kaki 'ponteng puasa' pada bulan Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Datuk Najmi Ahmad berkata sebanyak 200 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAIK akan melakukan penguatkuasaan bagi mengambil tindakan ke atas individu dan peniaga yang terlibat.
"Kebiasaannya, orang yang menjalankan perniagaan semasa bulan puasa ini adalah orang yang sama setiap tahun dan mungkin sudah menjadi tabiat mereka setiap kali menjelang Ramadan (menjual makanan dan minuman kepada individu yang tidak berpuasa).
"Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, pegawai dan anggota penguat kuasa JHEAIK akan memantau kegiatan di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi golongan tidak berpuasa dari semasa ke semasa," katanya pada sidang di sini hari ini.
Beliau berkata pemantauan turut dibuat ke atas premis makanan milik orang bukan Islam kerana ada peniaga Islam yang dikesan meletakkan makanan dan minuman untuk dijual kepada mereka yang tidak berpuasa di situ bagi mengaburi pihak penguat kuasa.
Najmi berkata bagi peniaga makanan yang beroperasi pada waktu tidak munasabah sepanjang Ramadan ini, pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan ditetapkan.
"Waktu munasabah untuk menjual makanan pada bulan puasa adalah bermula 3 atau 4 petang dan kalau ada kedai yang menjual nasi campur pukul 10 pagi, itu memang tidak logik sama sekali," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru umat Islam di negeri ini supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian dan berharap masyarakat dapat menyalurkan kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan perkara berkenaan agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
Sementara itu di IPOH, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengesan sekurang-kurangnya tiga lokasi utama 'geng plastik hitam' di bandar raya ini yang bakal digunakan sesetengah pihak untuk memonteng puasa sewaktu bulan Ramadan yang dijadual bermula Selasa ini .
Pengarah JAIPk Datuk Mohd Yusop Husin berkata pihaknya telah bersiap sedia dengan penglibatan 100 orang penguat kuasa untuk menyerbu lokasi berkenaan sekali gus menahan sesetengah pihak yang memonteng puasa dengan pelbagai alasan yang diberikan.
"Kadang-kadang individu geng plastik hitam ini akan memberi alasan kononnya membeli makanan untuk orang lain, keuzuran atau menjaga mak yang sakit (sebelum curi-curi makan).
Kebiasaannya, kita akan menasihatkan mereka terlebih dahulu kerana alasan yang paling popular digunakan ialah lapar dan ketagih rokok. Namun demikian, tindakan yang lebih tegas akan diambil sekiranya mereka ditahan kerana ponteng puasa," katanya selepas menyampaikan pakaian seragam sekolah kepada 100 murid dari keluarga B40 dalam satu program hari ini.
Menurutnya, mana-mana individu yang didapati bersalah boleh ditahan dan dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika didapati bersalah makan dan minum di khalayak ramai sepanjang Ramadan nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021

Pegawai dan anggota penguat kuasa JHEAIK akan memantau kegiatan di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi golongan 'geng plastik hitam'. Gambar hiasan \ Youtube \ Dramatis Studio
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

JHEAIK tahan 21 individu dipercayai pengikut Syiah
JHEAIK menahan 21 individu termasuk enam kanak-kanak yang dipercayai pengikut Syiah pada Selasa lepas.

JHEAIK panggil pendakwah terkenal berkaitan video tular puji guru keterlaluan
JHEAIK sudah menasihatkan pendakwah berkenaan, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli dan mendapatkan penjelasan berkaitan video terbabit.

Amalan khurafat di Gunung Jerai: Serah pada pihak berautoriti untuk siasat - Sanusi
Setiap aktiviti atau perbuatan yang dilakukan, di atas Gunung Jerai bergantung kepada niat.

JHEAIK siasat video berkaitan khurafat di Gunung Jerai
JHEAIK sedang menyiasat satu video yang tular berkenaan amalan dikatakan khurafat dilakukan di atas Gunung Jerai, Yan baru-baru ini.

Kes sihir antara kesalahan bakal didakwa ikut enakmen baharu di Kelantan
Kes sihir berkenaan antara kesalahan jenayah syariah yang direkod sepanjang Januari dan Februari tahun ini.

Masyarakat digesa lapor salah laku kaki ponteng puasa
Penduduk setempat digesa membantu melaporkan sebarang salah laku umat Islam yang ponteng puasa pada bulan Ramadan agar tindakan segera dapat diambil.

Kelantan tawar program pemutihan bagi pasangan bernikah di luar negara sebelum 2005
Pasangan yang melangsungkan perkahwinan di luar negara, khasnya selatan Thailand, diminta tampil untuk pengesahan pernikahan dengan tawaran denda yang berpatutan.

100 jemaah tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir
Jumlah jemaah yang dibenarkan itu sebagai tanda pematuhan terhadap ketetapan yang diputuskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Kedah benar solat Jumaat, fardu di masjid, surau dengan bilangan jemaah 100 orang
Kebenaran itu diberikan kepada mukim zon hijau, kuning dan jingga.

JHEAIK kenal pasti 71 'port' kaki ponteng puasa di Kedah
Sebanyak 200 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAIK akan lakukan penguatkuasaan bagi mengambil tindakan ke atas individu dan peniaga terlibat.