KUALA PERLIS: Pembinaan jeti dan menara tinjau baharu di sempadan Malaysia-Thailand di Pos Batu Putih di sini sangat diperlukan sebagai usaha memantapkan penguatkuasaan pasukan keselamatan di sempadan perairan negara.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata ini kerana kes penyeludupan dadah melalui perairan Perlis itu dan nilai rampasan barangan menunjukkan peningkatan pada 2021 dan 2022.
"Kalau kita tengok statistik rampasan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata 1960 yang dibuat pihak Zon Maritim Kuala Perlis, pada 2022 mencatatkan nilai RM3,104,500 yang merangkumi rampasan ganja seberat 486kg (kilogram), syabu (12.6kg), pil kuda (100 biji) dan sepucuk pistol.
"Rampasan pada 2021 merekodkan sebanyak 1,189 biji pil kuda bernilai RM50,000 sahaja," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan sekitar Pos Batu Putih di sini hari ini.
Selain itu, Mohd Hashim berkata pada 2022, pihaknya turut merampas 8,320kg ketum bernilai RM1,853,600 di perairan Perlis manakala 10,755kg ketum bernilai RM1,304,360 berserta 3,000 liter diesel dengan nilai RM106,450 pada 2021.
Sehubungan itu, beliau berpandangan jeti dan menara tinjau baharu itu sangat penting untuk memastikan pasukan keselamatan termasuk pihaknya dan Polis Diraja Malaysia mampu bertindak dengan cekap dalam membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan perairan negara.
"Jeti itu untuk kegunaan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia), menara tinjau untuk kegunaan PGA (Pasukan Gerakan Am)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Kes penyeludupan dadah melalui perairan Perlis dan nilai rampasan barangan menunjukkan peningkatan pada 2021 dan 2022. - Gamnbar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

AS bina semula jeti sementara di Gaza untuk bantuan kemanusiaan
Bantuan kemanusiaan akan dihantar menerusi jeti terapung dalam tempoh beberapa hari.

Jeti, menara tinjau baharu diperlukan di kawasan perairan Kuala Perlis
Kes penyeludupan dadah melalui perairan Perlis dan nilai rampasan barangan menunjukkan peningkatan pada 2021 dan 2022.

Wanita hilang tiga hari ditemui mati
Seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya sejak Khamis lalu ditemui mati dalam keadaan terapung di tepi laut berhampiran Pengkalan Zon Maritim Kuala Kurau.

Peruntukan RM25 juta baik pulih Pantai Merdeka serta pembinaan jeti
Muhammad Sanusi berkata, isu di jeti di pantai Merdeka secara keseluruhannya, bagaimanapun, berada di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Mayat lelaki ditemui terapung tepi jeti Maritim
Mayat tanpa identiti itu ditemui anggota Maritim yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan jeti.

80 penjual ikan Pasar Besar Kuantan tutup kedai
Kini tinggal 20 peniaga sahaja yang masih aktif berniaga dengan menjual ikan sejuk beku.

Enam pemancing hilang ditemukan selamat
Komander Zon Maritim Malaysia Kemaman, Rashidilhadi Abd Rashid berkata, bot pemancing tersebut kini sedang ditunda masuk ke jeti Kuantan, Pahang oleh bot nelayan yang menjumpai bot mereka.

Projek tambak laut, bina jeti dibuat tanpa pengetahuan kerajaan negeri - Norhizam
Kerajaan negeri kesal dengan tindakan syarikat pelabuhan berkenaan dan akan bertemu dengan pengurusannya Isnin ini.

Maritim gagalkan taktik dua bot Vietnam menyamar bot tempatan
Ketika melakukan Ops Kuda Laut, pihak Maritim mengesan dua buah bot yang mencurigakan sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.

Pendekatan 'smart island' bangunkan Pulau Pangkor
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, ia selari dengan pengiktirafan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai bermula 1 Januari 2020.