Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menangguhkan sesi pengajian di kampusnya di sini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata keputusan itu diambil berikutan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Nilai yang melebihi bacaan 200 iaitu pada tahap sangat tidak sihat.

Beliau berkata sesi pengajian akan berjalan seperti biasa bermula Khamis ini iaitu selepas cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia esok.