Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menangguhkan sesi kuliah di kesemua 35 cawangan institusi itu sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 250.
UiTM dalam satu kenyataan memberitahu ini kerana sebarang penangguhan sesi kuliah perlu dibuat selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Bencana Jerebu dalam Pelan Tindakan Kecemasan universiti itu.
"Sebarang keputusan rasmi penangguhan sesi kuliah hanya akan dibuat sekiranya bacaan IPU melebihi 250 dan keputusan rasmi penutupan kampus pula akan dikeluarkan apabila bacaan IPU melebihi 300," kata kenyataan itu.
Tambah UiTM, operasi di semua kampusnya di seluruh negara membabitkan lebih kurang 180,000 pelajar masih berjalan seperti biasa dan tiada sebarang penangguhan kuliah dilakukan buat masa ini susulan situasi jerebu yang melanda negara.
Dalam pada itu, Universiti Selangor (Unisel) pula turut memaklumkan bahawa operasi dan sesi kuliah di dua cawangannya iaitu di Seksyen 7 di sini dan Bestari Jaya, Kuala Selangor masih berjalan seperti biasa.
Jurucakap universiti itu memberitahu, pihak pentadbiran Unisel sentiasa memantau situasi jerebu dan sebarang perkembangan mengenai sesi kuliah dan operasi institusi itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat pukul 11 pagi ini, bacaan IPU di Shah Alam menunjukkan tahap sangat tidak sihat iaitu 219, selain Petaling Jaya (206), Johan Setia, Klang (257) manakala kawasan lain mencapai bacaan tidak sihat iaitu Kuala Selangor (191), Klang (198) dan Banting (180).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 18 2019
UiTM akan menangguhkan sesi kuliah di kesemua 35 cawangan institusi itu sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 250. -Gambar fail
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Jerebu: Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5 petang
Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 5 petang ini.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.
MetMalaysia jangka jerebu tidak berpanjangan - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu melanda negara ketika ini tidak akan berpanjangan memandangkan tiupan angin yang kerap berubah.
Tujuh kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5pm
Sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 5 petang ini.
Jerebu: Tujuh kawasan catat indeks pencemaran udara tidak sihat setakat 10 pagi
Tujuh kawasan mencatatkan bacaan IPU di paras tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas.
15 kawasan rekod bacaan kualiti udara tidak sihat
Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan IPU paling tinggi setakat pagi ini iaitu 164.
Jerebu: Orang ramai dinasihat ambil langkah pencegahan kurangkan kesan kesihatan - JKNNS
Elak lakukan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.
58 kawasan catat bacaan IPU sederhana
Sebanyak 58 stesen pemantauan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 3 petang ini.
SJKT Ladang Byram catat IPU tidak sihat
Bacaan IPU di SJKT Ladang Byram dicatatkan tidak sihat ekoran kejadian kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sejak Rabu minggu lepas.
Asap debu Gunung Sinabung dijangka masuki ruang udara Malaysia, IPU tidak terjejas - MetMalaysia
Jailan berkata, keadaan ini hanya boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras ketinggian 1,524 meter hingga 4,267 kaki dari permukaan.