Semua sekolah awam dan swasta di Selangor diarah tutup selama dua hari bermula esok (19 September) hingga Jumaat (20 September).
Ia berikutan cerapan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan data bacaan tidak sihat dan sangat tidak sihat di beberapa kawasan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya berkata langkah berkenaan diambil susulan kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Selasa yang memaklumkan bahawa jerebu yang melanda negara semakin teruk dan akan berterusan sehingga minggu depan.
"Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Negeri Selangor dengan ini mengarahkan semua sekolah awam dan swasta ditutup pada tarikh dinyatakan.
“Pendedahan terhadap jerebu yang berpanjangan akan meningkatkan risiko terhadap kesihatan terutama kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, pesakit jantung dan paru-paru serta wanita mengandung, katanya.
Jelasnya, arahan itu dikeluarkan setelah mengambil kira tahap pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah sistem respiratori dan keselamatan pelajar.
Mohd Amin berkata, Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing berhubung penutupan ini dengan kadar segera.
Katanya, penutupan sementara sekolah akibat cuaca jerebu ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan murid tidak terjejas.
“Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memantau perkembangan kualiti udara dan sentiasa berhubung dengan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkaitan tindakan dan langkah yang perlu diambil ketika cuaca negara sedang dilanda bencana jerebu,” katanya.
Astro Awani
Wed Sep 18 2019
Arahan tersebut dikeluarkan berikutan cerapan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan data bacaan tidak sihat dan sangat tidak sihat di beberapa kawasan di negeri itu. - Gambar fail
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Kabinet Thailand akan bincang langkah hadapi pencemaran udara
Orang ramai digesa memakai pelitup muka N95 untuk melindungi diri daripada zarah halus yang berbahaya.
Penduduk Bangkok diminta berada di rumah ekoran kualiti udara yang buruk
Tahap pencemaran PM2.5 dijangka mencapai tahap jingga yang dianggap berbahaya kepada kesihatan, di kebanyakan kawasan bandar raya itu.
Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal
Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara India itu bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.