Jenazah Allahyarham Tun Suhailah Mohamad Noah, balu kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga Tun Hussein Onn, selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini kira-kira 2.25 petang ini.
Jenazah Tun Suhailah, 82, disemadikan di Makam Pahlawan, tempat bersemadinya Allahyarham Tun Hussein, yang meninggal dunia pada 29 Mei 1990.
Solat jenazah, tahlil serta bacaan talkin disempurnakan Timbalan Imam Masjid Negara Mohamad Mohd Zin.
Allahyarham merupakan ibu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin.
Selain Hishammuddin dan keluarga, turut berada di Makam Pahlawan bagi menyaksikan upacara pengebumian ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Tun Rahah Mohamad Noah, yang merupakan ibu kepada Perdana Menteri dan juga adik Allahyarham.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz juga hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Sebelum itu, jenazah ditempatkan di Dewan Solat Utama Masjid Negara pada 12.15 tengah hari hingga 1 tengah hari bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Sejurus selepas solat Zohor, solat jenazah diadakan pada 1.25 tengah hari sebelum jenazah diusung ke perkarangan Makam Pahlawan yang terletak bersebelahan Masjid Negara untuk upacara pengebumian.
Allahyarham meninggal dunia kira-kira 12.30 tengah malam tadi di Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya sebelum dibawa ke rumah keluarganya di No. 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku di sini.
Solat jenazah di kediaman Allahyarham diketuai bekas Imam Masjid Negara Datuk Pirdaus Ismail.
Kemudian jenazah dibawa ke Masjid Negara menggunakan van jenazah Markas Angkatan Tentera Malaysia.
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah antara kerabat diraja yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya.
Turut hadir memberi penghormatan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pemangku Panglima Angkatan Tentera dan juga Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menteri Kabinet yang hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Allahyarham dilahirkan pada 12 Feb 1948 meninggalkan empat anak perempuan dan dua anak lelaki.
Allahyarham sebelum ini pernah menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun' - Kerajaan Persekutuan (1990) dan Anugerah Sri Kandi daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).
Bernama
Sat Oct 04 2014

Allahyarham yang merupakan ibu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin. - Foto Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PRU15: 'No DAP, No Anwar', nak pecat? Silakan - Hishammuddin
Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu turut menyatakan kesediaan dipecat kerana berpegang kepada pendirian 'No DAP, No Anwar'.

Ahli UMNO perlu berkorban dan setia kepada parti - Hishammuddin
Di sebalik tuntutan pengorbanan, UMNO mempunyai tugas dan peranan untuk memenangi hati rakyat, dengan memenuhi keperluan mereka.

'Keadilan sosial, jauhi rasuah ramuan kejayaan negara Islam' - Hishammuddin
Keadilan sosial dan sentiasa menjauhkan diri dari rasuah menjadi keutamaan dalam sesebuah negara Islam untuk mencapai kejayaan.

Utamakan usul akar umbi, bukan perihal pemilihan parti - Hishammuddin
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak mahu perihal dalaman parti seperti isu yang berbangkit daripada pemilihan parti tahun lalu mendominasi Perhimpunan Agung Umno 2014.

Jenazah Tun Suhailah selamat disemadikan di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham Tun Suhailah Mohamad Noah, balu kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga Tun Hussein Onn, selamat dikebumikan di Makam Pahlawan.

MH370: Polis temu bual lebih 100 orang untuk rungkai misteri pesawat hilang
Sebuah akhbar tabloid di Britain, The Daily Mirror melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menemui isteri juruterbang penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.