Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 3.5, Jalan Ipoh-Lumut di selekoh Puncak Jelapang Maju di sini awal pagi tadi selamat dikebumikan petang ini.
Muhammad Syafiq Isyammuddin, 25, dan dua anaknya Umrah Yumna, 2, dan Aniq Hamzah, 1, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di sini kira-kira pukul 2.15 petang.
Anak beranak itu meninggal selepas kereta jenis Mitsubishi Triton yang dipandu Muhammad Syafiq terlibat dalam kemalangan dengan dua lagi kenderaan pada pukul 1.15 pagi semasa mereka dalam perjalanan dari Ipoh menuju Seri Iskandar.
Kemalangan turut mengakibatkan isteri Muhammad Syafiq, Nurul Nadia Baharizan, 28, serta nenek Muhammad Syafiq iaitu Khalijah Samad, 79, yang kedua-duanya cedera parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Dua lelaki berusia 25 dan 34 yang menaiki kereta Toyota Camry turut cedera parah sementara empat orang lain yang berumur lingkungan 22 hingga 29 tahun yang menaiki kereta Mazda tidak mengalami kecederaan.
Bapa kepada Nurul Nadia, Kolonel Baharizan Zainal Abidin, 55, berkata anak sulungnya itu yang patah kaki dan tangan serta mengalami pendarahan pada hati terkejut apabila mengetahui suami serta dua orang anaknya meninggal dunia.
"Semasa kami membawa kedua-dua jenazah anaknya ke wad kecemasan, anak saya yang masih berada dalam separuh sedar terlalu sedih dan tidak menyangka suami serta anak-anaknya telah meninggal dunia.
"Saya sebagai bapa menasihatkan dia supaya banyakkan bersabar dan menerima ketentuan Ilahi," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian itu.
Baharizan berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan anak, menantu serta kedua-dua cucunya ialah pada Aidiladha lalu dan mereka sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur minggu depan untuk berjumpa dengannya.
Beliau reda dengan pemergian menantu serta kedua-dua cucunya itu. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 22 2016
Anak beranak itu meninggal selepas kereta jenis Mitsubishi Triton yang dipandu Muhammad Syafiq terlibat dalam kemalangan dengan dua lagi kenderaan pada pukul 1.15 pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut
Proses penyelenggaraan itu telah bermula pada Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya sekitar November ini.
Tubuh hancur digilis beberapa kenderaan
Mangsa, K Muniandy, 69, yang mengalami kecederaan parah dengan sebahagian badannya berkecai disahkan maut di tempat kejadian.
Dua cedera, pokok tumbang hempap kereta
Dua orang cedera apabila kereta yang mereka naiki dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Ipoh-Lumut, berhampiran pusat membeli belah AEON Falim, dekat sini, petang ini.
Warga emas maut dihempap traktor
Dalam kejadian sekitar 6 petang itu, sebuah traktor yang terlibat dalam kerja penolakan tanah telah jatuh ke dalam gaung sedalam 50 kaki dan menimpa mangsa.
Jenazah tiga beranak maut dalam nahas di Jalan Ipoh-Lumut dikebumikan
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 3.5, Jalan Ipoh-Lumut di selekoh Puncak Jelapang Maju di sini awal pagi tadi selamat dikebumikan petang ini.