KUALA LUMPUR : Jenazah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Kiara kira-kira jam 5.20 petang tadi.
Jenazah Alllahyarham sebelum itu disembahyangkan di Masjid Bukit Aman pada jam 3.30 petang, bagi memberi ruang kepada warga PDRM memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Allahyarham yang berusia 80 tahun meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 10.25 pagi selepas mengalami pelbagai komplikasi penyakit.
BACA: Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia
Tan Sri Zaman Khan ketika menerajui JSJ Bukit Aman sekitar penghujung 80-an dan awal 90-an cukup dikenali dengan ketegasannya dalam menjalankan tugas hingga membawa kepada penyelesaian kes berprofil tinggi.
Pada era pentadbiran beliau, beberapa kes besar yang membabitkan jenayah di negara ini adalah melibatkan usaha dan komitmennya sebagai Pengarah JSJ ketika itu.
Antaranya termasuklah kes tebusan di penjara Pudu pada tahun 1986, di mana ketika itu beliau merupakan Pengarah Keselamatan Dalaman dan Ketenteraman Awam.
Selain itu Allahyarham juga terbabit dalam melaksanakan tugasan memburu penjenayah paling ditakuti P. Kalimuthu, hingga akhirnya ditembak mati pada 29 Jun 1993.
Malah, dalam rentetan episod itu, beliau sendiri pernah menerima ugutan daripada penjenayah terbabit.
Peristiwa runtuhan kondominium Highland Towers pada tahun 1993 juga antara rakaman peristiwa yang paling diingati membabitkan beliau. Momen yang paling ikonik adalah ketika petugas media negara merakamkan detik Allahyarham memegang erat mangsa pertama yang berjaya diselamatkan, iaitu seorang bayi, pada 11 Disember tahun tersebut.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Sep 11 2021
![Jenazah Tan Sri Zaman Khan selamat dikebumikan Jenazah Tan Sri Zaman Khan selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631358389_ZamanKhanRahimKha.jpg)
Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Kiara kira-kira jam 5.20 petang tadi. - Foto BERNAMA
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631277332_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 September 2021.
![Integriti kepolisan Tan Sri Zaman Khan wajar dicontohi warga PDRM - Tun Hanif Integriti kepolisan Tan Sri Zaman Khan wajar dicontohi warga PDRM - Tun Hanif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61609233102_TunMohammedHanifOm.jpg)
Integriti kepolisan Tan Sri Zaman Khan wajar dicontohi warga PDRM - Tun Hanif
Nilai kepolisan yang diserapkan oleh Allayarham sepanjang perkhidmatannya wajar dijadikan contoh oleh warga PDRM ketika ini.
![Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Zaman Khan Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Zaman Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631354569_TBISTANATAKZIAH.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Zaman Khan
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga arwah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
![Perdana Menteri ucap takziah kepada keluarga Zaman Khan Perdana Menteri ucap takziah kepada keluarga Zaman Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631338133_MohdZamanKhan.jpg)
Perdana Menteri ucap takziah kepada keluarga Zaman Khan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan yang meninggal dunia hari ini.
![Pengaruh militan: Awasi perubahan sikap anggota keluarga dan kenalan Pengaruh militan: Awasi perubahan sikap anggota keluarga dan kenalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51375242953_295x200.jpg)
Pengaruh militan: Awasi perubahan sikap anggota keluarga dan kenalan
Perubahan sikap dan kelakuan secara mendadak seseorang boleh dilihat sebagai petanda dia mengikuti kumpulan militan.
![KDN kenal pasti anggota kongsi gelap sertai politik - Zahid KDN kenal pasti anggota kongsi gelap sertai politik - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71373445536_295x200.jpg)
KDN kenal pasti anggota kongsi gelap sertai politik - Zahid
Jika siasatan mendapati mereka masih mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, maka nama mereka akan didedah dan dikenakan tindakan undang-undang.
![Kes bunuh guna senjata api fenomena baharu - bekas pengarah JSJ Kes bunuh guna senjata api fenomena baharu - bekas pengarah JSJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51375242953_295x200.jpg)
Kes bunuh guna senjata api fenomena baharu - bekas pengarah JSJ
Kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang semakin berleluasa sekarang merupakan fenomena baharu.