Jenazah rakyat Malaysia, Mohd Azhar Abdul Wahab yang ditemui mati di sebuah hotel di Ho Chi Minh, Vietnam, pada 27 April lepas tiba di tanah air pada Jumaat.
Jenazah Mohd Azhar, 33, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 2 petang dengan penerbangan Malaysia Airlines MH0751 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh.
Pegawai di Pejabat Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Mohd Hazril Ezni Zulkapli yang turut bersama dalam penerbangan itu dengan adik mangsa, Noorazman, berkata jenazah akan terus dibawa pulang ke Kampung Air Merah, Kulim, Kedah dan dijangka dikebumikan pada Jumaat malam.
"Alhamdulillah, urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar dengan bantuan Konsulat Malaysia di Vietnam, pihak berkuasa negara itu, Kementerian Luar dan anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir," katanya ketika ditemui pemberita di luar Kompleks Kargo KLIA, di sini hari ini.
Ditanya sama ada keluarga Allahyarham Mohd Azhar sudah mengetahui motif pembunuhan mangsa, beliau berkata pihak berkuasa Vietnam masih menyiasat perkara itu.
Noorazman, 31, bagaimanapun enggan bercakap kepada media kerana terlalu sedih dengan kematian abangnya.
Sebelum ini, keluarga Allahyarham menghadapi kesulitan membawa pulang jenazah mangsa berikutan kos tinggi yang dianggarkan berjumlah RM40,000.
Menurut laporan media, mayat Mohd Azhar ditemukan dengan kesan kelar pada kepala dan bahu, serta terdapat kesan darah pada lantai hotel.
Allahyarham ke Vietnam pada 15 April lepas bersama seorang rakan sekampungnya dan sepatutnya pulang pada 28 April.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan bekerja sebagai pembantu kedai di Kulim, serta merupakan vokalis kumpulan Svatantrata yang aktif di sekitar daerah itu sert
Bernama
Fri May 06 2016
Allahyarham Mohd Azhar Abdul Wahab ditemui mati di sebuah hotel di Ho Chi Minh, Vietnam, Rabu lalu, selepas ke Vietnam sejak 15 April lalu. - Gambar Bernama
MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat.
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.
Jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Puluhan penumpang Malaysia Airlines yang menuju ke Kuala Lumpur dari Jeddah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada Rabu.
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
Demi bertemu isteri, sanggup dayung bot 2,000km dari Phuket ke India
Lelaki berusia 37 tahun dari bandar Ho Chi Minh, Vietnam itu berada di laut selama 18 hari.
COVID-19: Vietnam lanjut sekatan susulan peningkatan kes
Vietnam mencatatkan 145,000 kes dengan 1,306 kematian dan 85 peratus dicatatkan sepanjang bulan lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Vietnam perluas sekatan pergerakan susulan peningkatan kes
Vietnam akan menguatkuasakan sekatan pergerakan di bandar Delta Mekong, Can Tho selama 14 hari bermula hari ini.
Kilang cuci dan jual semula kondom terpakai diserbu
Polis Vietnam menyerbu sebuah kilang yang mengitarsemula kondom terpakai di Selatan Bandar Ho Chi Minh.
COVID-19: Vietnam tingkat semula tahap amaran selepas 100 hari bebas jangkitan tempatan
Kementerian kesihatan negara itu memaklumkan seorang lelaki berusia 57 tahun dari Danang telah dijangkiti.
Tewaskan Indonesia 4-3, skuad B18 negara mara ke Final AFF 2019
Gol jaringan Harith Haiqal pada minit ke-98 masa tambahan membantu skuad bawah 18 tahun negara mara ke perlawanan akhir kejohanan itu.
AFF B-18: Malaysia kejutkan Socceroos di Ho Chi Minh
Luqman Hakim jaring dua gol untuk membantu Malaysia kejutkan Australia 3-0.