Jenazah Ramli Abd Majid, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 di Puchong dekat sini pada kira-kira 2 petang hari ini.
Jenazah, yang dibawa dengan pesawat Mahan Air penerbangan W583 dari Tehran, Iran dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 10 pagi tadi, disembahyangkan di Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama.
Sementara itu, anak Allahyarham, Muhammad Fauzi, 17, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari jenazah bapanya itu.
"Kami semua reda dengan ketentuan Allah SWT, Alhamdulilah kami syukur yang jenazah ayah akhirnya dijumpai. Ibu memang tidak putus-putus berdoa dan buat solat hajat supaya dipermudahkan urusan mencari bapa," katanya ketika ditemui pemberita.
Ditanya adakah dia akan meneruskan hobi ayahnya, Muhammad Fauzi berkata dia mempunyai hobi lain namun pernah mengikut bapanya mendaki di beberapa gunung.
"Sekarang saya hanya ingin tumpu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Isnin ini," katanya.
Kementerian Luar pada Ahad mengesahkan mayat yang ditemukan pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand pada Jumaat lepas adalah Ramli yang berusia 44 tahun ketika dilaporkan hilang pada 20 Nov 2016.
Ketua jurutera sistem di Ibu Pejabat Proton Holdings Bhd, Shah Alam, Selangor bersama seorang lagi pendaki Kelab Jelajah Alpine (KJA) Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.
Pada 28 Nov 2016, jasad Syed Redzuan ditemukan di kawasan Yakhar Glacier dan jenazahnya dibawa pulang serta dikebumikan di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2017
![Jenazah pendaki Ramli selamat dikebumi Jenazah pendaki Ramli selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71509785224_pendakiGunung.jpg)
Anak Allahyarham, Muhammad Fauzi, menyiram air di pusara bapanya pada majlis pengkebumian di Tanah Perkuburan Batu 14 di Puchong pada pukul 2.05 petang ini. --fotoBERNAMA
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Jenazah pendaki Ramli selamat dikebumi Jenazah pendaki Ramli selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71509785224_pendakiGunung.jpg)
Jenazah pendaki Ramli selamat dikebumi
Jenazah, yang dibawa dengan pesawat Mahan Air penerbangan W583 dari Tehran, Iran dan mendarat di KLIA pada 10 pagi tadi, disembahyangkan di Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama.
![Jenazah Ramli dijangka tiba di tanah air pada Isnin Jenazah Ramli dijangka tiba di tanah air pada Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81509244572_DamavandMountain.jpg)
Jenazah Ramli dijangka tiba di tanah air pada Isnin
Menurut jurucakap Kelab Jelajah Alpine (KJA) Mohd Khafiz Bachok, pihaknya dimaklumkan bahawa jenazah akan diterbangkan dari Tehran selepas segala urusan berkaitan diselesaikan.
![Jasad ditemukan di Gunung Damavand sah milik pendaki Malaysia - Wisma Putra Jasad ditemukan di Gunung Damavand sah milik pendaki Malaysia - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81509244572_DamavandMountain.jpg)
Jasad ditemukan di Gunung Damavand sah milik pendaki Malaysia - Wisma Putra
Pengesahan itu dibuat Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan kepada media pada Ahad.
![Operasi SAR cari pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damavand ditunda Operasi SAR cari pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damavand ditunda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81480343872_PencarianPendaki.jpg)
Operasi SAR cari pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damavand ditunda
Pihak pasukan operasi SAR tidak memaklumkan tempoh masa penundaan tersebut tetapi akan menyambung semula usaha pencarian apabila cuaca semakin baik.
![Operasi cari pendaki hilang diperluas ke Lembah Yakhar Operasi cari pendaki hilang diperluas ke Lembah Yakhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81480343872_PencarianPendaki.jpg)
Operasi cari pendaki hilang diperluas ke Lembah Yakhar
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua rakyat Malaysia yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand di Iran diperluas ke Lembah Yakhar.
![Isteri pendaki hilang di Iran sedia terima nasib suami hidup atau mati Isteri pendaki hilang di Iran sedia terima nasib suami hidup atau mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51479889387_DamavandMountain.jpg)
Isteri pendaki hilang di Iran sedia terima nasib suami hidup atau mati
Isteri kepada seorang pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang di Gunung Damarvand, Iran sejak Ahad lalu menyatakan kesediaan untuk menerima sebarang takdir mengenai nasib suaminya.