JENAZAH pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan rombongan kumpulan muzik Debu di Jawa Timur, Indonesia awal pagi Isnin dilapor akan dibawa pulang ke Singapura, hari ini.
Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga terdekat mangsa kepada Astro AWANI.
"InsyaAllah petang baru boleh bawa balik kedua-dua jenazah ke Singapura," katanya dalam pesanan WhatsApp, hari ini.
Sementara itu, Detik.com melaporkan mangsa yang dikenal pasti sebagai Firdaus Harun Rashid, 31, merupakan warganegara Singapura, sementara isterinya, Al Haddad Amal Sheikh Aidaros, 30, berasal dari Selangor.
Kedua-dua jenazah ketika ini difahamkan berada di Rumah Sakit Al-Irsyad Surabaya.
Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan jenazah, Mariudi Wahyono memaklumkan pihaknya sedang menunggu dokuman daripada Kedutaan Singapura di Jakarta bagi menguruskan jenazah Firdaus.
"Mudah-mudahan kelengkapan dokumen tersebut dapat diuruskan dengan segera. Sehingga itu, dua jenazah ini boleh segera diterbangkan dan dikebumikan di Singapura," katanya seperti dilapor Detik.com.
Terdahulu, media tempatan melaporkan kemalangan berlaku di Tol Pasuruan - Probolinggi arah timur ke barat di Kota Probolinggi pada jam 12.10 pagi Isnin ketika mangsa menyertai rombongan kumpulan muzik Debu.
BACA: Suami isteri warga Malaysia maut dalam kemalangan rombongan kumpulan 'Debu'
Rombongan kumpulan muzik itu menaiki kereta jenis Toyota Vellfire dilapor terlanggar belakang lori.
Akibatnya, kereta Vellfire tersebut remuk di bahagian depan manakala lori terbabit beredar dari lokasi.
Empat penumpang lain mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Dr Mohamad Saleh.
Debu merupakan kumpulan muzik terkenal dengan lagu kerohanian berpangkalan di Jakarta Selatan, kebanyakannya dianggotai warga Amerika Syarikat.
Astro AWANI masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Luar berhubung insiden tersebut.
Astro Awani
Tue Apr 19 2022
![Jenazah pasangan suami isteri maut di Indonesia diterbangkan ke Singapura hari ini Jenazah pasangan suami isteri maut di Indonesia diterbangkan ke Singapura hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650344524_TBKEMALANGANMAUT.jpg)
Jenazah Firdaus dan isterinya dilapor dibawa pulang ke Singapura hari ini - Foto ihsan waris mangsa
Mayat juruterbang New Zealand ditembak di Papua ditemukan
Glen Malcolm Conning, 50, seorang juruterbang PT Intan Angkasa Air Service, terbunuh pada Isnin selepas mendarat di Papua bersama dua pekerja kesihatan Indonesia dan dua kanak-kanak, yang semuanya terselamat.
Singapura bentang pindaan tingkatkan keselamatan tenaga
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura telah mengemukakan rang undang-undang pindaan untuk meningkatkan ketahanan tenaga kepada Parlimen untuk bacaan pertama pada Selasa.
India perkukuh kawalan sempadan negara
India memperkukuh kawalan di sempadan negara itu dengan Bangladesh sekali gus berwaspada dengan sebarang situasi.
Harris pilih Walz sebagai calon Naib Presiden
Calon presiden dari parti Demokrat, Kamala Harris hari ini memilih Gabenor Minnesota, Tim Walz sebagai gandingannya, untuk membantu memenangi pengundi luar bandar, berkulit putih.
Presiden Bangladesh bubar Parlimen
Presiden Bangladesh membubarkan parlimen pada Selasa sekali gus membuka jalan kepada pembentukan kerajaan sementara, sehari selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India.
Lebih 25 juta terkesan, Sudan alami tahap kebuluran melampau
Sudan sedang mengalami krisis makanan terburuk yang belum pernah berlaku sebelum ini. Organisasi Makanan dan Agrikultur (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kenyataannya pada Isnin berkata, 25.6 juta penduduk Sudan kini ditahap kebuluran ekstrem dengan 755,000 daripadanya berada pada tahap paling buruk dan diklasifikasikan sebagai 'becana kebuluran melampau'.
Malaysia harap rundingan damai di Sudan berjaya dicapai - PM
Malaysia menyuarakan harapan agar rundingan yang sedang diusahakan untuk mewujudkan gencatan senjata dan kestabilan berkekalan di Sudan, berjaya dicapai.
Naikkan nilai martabat manusia cara tangani krisis global
Martabat manusia boleh berfungsi dalam mencari pendekatan yang lebih berkesan dan berperikemanusiaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Tumpu bangun keupayaan reka bentuk semi konduktor - Rafizi
Malaysia perlu memberi tumpuan untuk membangunkan keupayaan mereka bentuk semikonduktornya sendiri dan mengurangkan pergantungan kepada cip import pada masa depan.
Dasar Gaji Progresif: Kementerian Ekonomi, KESUMA tumpu pembinaan sistem yang lebih teguh
Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia sedang memberi tumpuan kepada sistem yang lebih baik bagi memastikan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif secara penuh akan lebih berkesan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dasar tersebut adalah rumit, dan tanpa sistem yang baik, ia takkan boleh dicapai dan akhirnya akan gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini, iaitu membantu mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja sebanyak 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dasar tersebut adalah rumit, dan tanpa sistem yang baik, ia takkan boleh dicapai dan akhirnya akan gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini, iaitu membantu mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja sebanyak 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun.
![Sebabkan kematian rakan: Suami isteri terlepas hukuman mati Sebabkan kematian rakan: Suami isteri terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Sebabkan kematian rakan: Suami isteri terlepas hukuman mati
Pasangan itu diarah menjalani hukuman penjara mulai tarikh mereka ditangkap iaitu pada 19 Dis 2016.
![Terima deposit pelaburan tanpa lesen sah, suami isteri dipenjara empat tahun Terima deposit pelaburan tanpa lesen sah, suami isteri dipenjara empat tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722414003_courtgavelmahkam.jpg)
Terima deposit pelaburan tanpa lesen sah, suami isteri dipenjara empat tahun
Seorang bekas ahli perniagaan dan isterinya dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah menerima wang deposit lebih RM300,000 tanpa lesen sah.
![Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Lipis Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Lipis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Lipis
Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
![Suami isteri selisih faham, polis rampas sepucuk pistol, 18 peluru Suami isteri selisih faham, polis rampas sepucuk pistol, 18 peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/81580531978_suamiisterigaduh.jpg)
Suami isteri selisih faham, polis rampas sepucuk pistol, 18 peluru
Pemeriksaan ke atas kediaman suspek berusia 47 tahun itu turut menemui satu kelopak peluru berwarna hitam.
![Pasangan suami isteri tunggang kapcai ke Paris demi sokong Malaysia Pasangan suami isteri tunggang kapcai ke Paris demi sokong Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721519548_tbKapcaiParis.jpg)
Pasangan suami isteri tunggang kapcai ke Paris demi sokong Malaysia
Misi asal adalah untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun kekangan akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia menjadikan pelan itu tergendala.
![Polis serbu makmal proses kokain, rampas dadah RM9 juta Polis serbu makmal proses kokain, rampas dadah RM9 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721302593_TBPDRM.jpg)
Polis serbu makmal proses kokain, rampas dadah RM9 juta
Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah jenis kokain dan menahan pasangan suami isteri dan seorang lelaki dalam dua operasi di Cheras di sini Selasa lepas.
![Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000 Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721027842_TBpengaruh.jpg)
Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
!['Mungkin kita yang menumpang rezeki mereka' - Siti Elizad percaya anak bukan satu beban 'Mungkin kita yang menumpang rezeki mereka' - Siti Elizad percaya anak bukan satu beban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720953233_TBCHILDFREE.jpg)
'Mungkin kita yang menumpang rezeki mereka' - Siti Elizad percaya anak bukan satu beban
Siti Elizad berkata dia tidak memahami mengapa ada segelintir individu menganggap anak sebagai beban selain menjadi penyebab kepada ketidakstabilan ekonomi keluarga.
![Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720919932_dera.jpg)
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.
![Derma hanya kepada pertubuhan berdaftar, jalankan audit - Bukit Aman Derma hanya kepada pertubuhan berdaftar, jalankan audit - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720769967_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Derma hanya kepada pertubuhan berdaftar, jalankan audit - Bukit Aman
Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menderma terutama jika melibatkan individu dan pertubuhan tidak berdaftar.