Jenazah Penyelia Penerbangan Kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar akan disemadikan di sebelah pusara anak lelakinya di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, esok.
Isteri Allahyarham, Normi Abdullah, 54, berkata arwah akan dikebumikan bersebelahan pusara anak ketiganya, Arif Aiman, 12, yang meninggal dunia pada 2006 akibat kanser.
Beliau berkata wakil MAS yang hadir ke rumahnya pada 2 petang tadi memaklumkan jenazah suaminya dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pagi esok (Ahad).
Jenazah yang menaiki pesawat MAS itu, diiringi tiga orang anaknya iaitu Sa’imah Baizura, 29, Ammar Syarif, 25, dan Afi Hazim, 14, bersama bapa saudara mereka Luqman Abdullah, 49, dari Amsterdam ke Malaysia.
"Jenazah akan dibawa pulang ke rumah seketika bagi memberi peluang kepada keluarga terdekat dan sahabat handai menziarahi arwah sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Ampang dekat sini pada Sabtu.
Normi berkata beliau memilih tanah perkuburan Taman Kosas, bagi memudahkan kesemua anaknya menziarahi kubur bapa dan anak ketiganya itu memandangkan mereka telah menetap di Ampang sejak 23 tahun lepas.
Ketika ditanya mengenai penerimaan anak bongsu mereka iaitu Afi Hazim yang merupakan anak sindrom Down tentang ketiadaan bapanya, Normi berkata dia seolah-olah memahami bahawa bapanya telah meninggal dunia.
"Dalam tempoh sebulan selepas kejadian, dia tidak bertanya apa-apa lagi tentang bapanya sehingga pada hari pengumuman identiti mangsa...dia ada cakap 'ayah dah tak ada'...saya tanya macam mana abang tahu dan dia hanya menyebut 'Allah'.
"Pada pemahaman saya, sedangkan kita orang biasa ada kalanya dapat perkhabaran melalui mimpi apatah lagi anak istimewa seperti dia...mungkin dia juga ada mimpi tentang ayahnya sudah tiada," katanya dan menambah anak bongsunya itu terlalu rapat dengan bapanya.
Suri rumah itu berkata Allahyarham telah berkhidmat selama 33 tahun dengan MAS, dan kini anak sulungnya mengikut jejak langkah ayahnya bekerja sebagai pramugari di Singapore Airlines manakala anak keduanya bekerja di sebuah syarikat perbankan di ibu negara.
Meluahkan rasa terharu terhadap sokongan daripada rakan-rakan serta jiran tetangga, Normi berkata sejak tercetusnya tragedi itu sehingga hari ini, mereka tidak putus-putus datang menghulurkan bantuan.
"Alhamdulillah kerana masa puasa mereka tidak pernah putus menghantar makanan dan menziarahi saya sekeluarga termasuk pada hari raya," katanya.
Normi juga menjelaskan jawatan Allahyarham suaminya itu ialah Penyelia Penerbangan Kabin dan bukannya Ketua Pramugara seperti yang kebiasaannya dilaporkan oleh media.
Sementara itu, rakan karib Normi iaitu Azidah Abdullah, 56, menyifatkan sahabatnya itu sebagai seorang wanita dan ibu yang tabah dalam mengharungi dugaan hidup meskipun pernah kehilangan anak tersayang dan kini suami tercinta.
Menurut Azidah, suaminya Wan Azmi Wan Hasan, 53, yang merupakan Ketua Pramugara MAS, juga rakan karib dan rakan setugas Allahyarham ingin bersama keluarga Allahyarham untuk menyempurnakan jenazahnya esok namun kerana kekangan tugas, suaminya tidak dapat menghadiri pengebumian itu.
"Dia ketika ini berada di Frankfurt, Jerman dan hanya pulang ke tanah air Isnin ini. Dia ada meluahkan rasa terkilan memandangkan dia dan suami Normi bagai adik-beradik sejak sekian lama," katanya.
Di MELAKA, ibu Allahyarham iaitu Maimon Sarpan, 74, berkata beliau mengetahui mengenai kepulangan jenazah anaknya itu daripada suaminya, Ismail Saleh, 75.
Beliau dan suaminya akan pergi ke KLIA esok.
"Makcik amat lega akhirnya jenazah anak dapat dibawa balik, sebagai ibu memang sedih malah semua yang sambut juga rasa sedih," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Masjid Tanah, Alor Gajah pada Sabtu.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Selain 43 warga Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Semalam 20 jenazah telah dibawa pulang ke tanah air pada Jumaat untuk disemadikan.
Bernama
Sat Aug 23 2014
NORMI: Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Kosas - fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berasakan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, wajar melayangkan kad merah kepada Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada.
Pergaduhan libat Arif Aiman: 'Saya tidak pasti budi bicara apa digunakan pengadil' - Pekan
Arif Aiman Mohd Hanapi bernasib baik apabila masih dibenarkan beraksi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
AFC label Arif Aiman 'budak ajaib'
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melabel bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai 'budak ajaib'.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
ACLE: Beraksi di sini adalah impian saya - Arif Aiman
Penyerang JDT, Arif Aiman meluahkan bahawa beraksi di pentas besar seperti Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian buat dirinya.
Arif Aiman tiada dalam skuad B-23 ke Piala Asia
TEKA-teki sama ada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi akan disenaraikan dalam skuad Harimau Muda ke Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) Qatar pada April akhirnya terjawab.
'Rugi tak panggil Arif Aiman'
JDT seharusnya memainkan peranan penting memastikan tonggak sayap lincah, Arif Aiman Hanapi dapat menyertai skuad Harimau Muda pada pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 tahun.