BUTTERWORTH:Jenazah legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mohamad Bakar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Ajam, Butterworth selepas solat Asar pada Ahad.
Sanak saudara terdekat dan sahabat handai memenuhi perkarangan tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di masjid Bagan Ajam sebelum dibawa ke tanah perkuburan di situ.
Allahyarham Mohamad menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.50 pagi Ahad di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia, Kepala Batas akibat penyakit kegagalan tulang sum-sum menghasilkan darah.
Sementara itu beberapa rakan seperjuangan Mohamad menyifatkan pemergian bekas pemain bola sepak negara itu satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara.
Bagi mereka beliau bukan saja digeruni sebagai pemain bola sepak malah turut mempunyai kewibawaan sebagai jurulatih.
Menurut rakan seperjuangannya, Khalil Hashim, 73, Allahyarham yang bermain sebagai sayap kanan adalah seorang pemain bola sepak berkaliber dan sering menunjukkan komitmen tinggi setiap kali berada di atas padang.
Selepas terpilih mewakili skuad negara, beliau meneruskan komitmennya dalam bola sepak dengan menjadi jurulatih selepas beberapa tahun bergelar pemain.
Seorang lagi rakan sepermainan Mohamad, N Baskaran, 69, menyifatkan kehilangan arwah tiada galang ganti malah, pemain itu yang dipanggilnya cikgu digeruni pasukan lawan kerana mempunyai tendangan kaki kanan yang padu.
Rakan seperjuangan lain yang turut menziarahi jenazah arwah di Taman Teluk Molek, Teluk Air Tawar ialah Rahim Mohamed dan Shukor Saleh.
Mohamad yang juga bekas guru memulakan kerjaya dalam sukan bola sepak dengan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang sekitar 1960-an sebelum dipilih menyertai skuad negara dalam Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972.
Selepas itu beliau menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik Moscow 1980 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 1985.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Nov 08 2020
Sanak saudara terdekat dan sahabat handai memenuhi perkarangan tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham. - Foto Astro AWANI
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Jenazah legenda bola sepak negara Mohamad Bakar selamat dikebumikan
Allahyarham Mohamad menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.50 pagi Ahad di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia, Kepala Batas.
Agong zahir takziah kepada keluarga Mohamad
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak dan Olimpian negara, Datuk Mohamad Bakar.
Legenda bola sepak negara Mohamad Bakar meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.50 pagi Ahad ketika dirawat di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM).