KEPALA BATAS: Jenazah anggota tentera Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia di Hutan Simpan Royal Belum, Perak selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Pulau Mertajam, Penaga di sini.
Jenazah Mohamad Nasri, 33, tiba di Masjid Pulau Mertajam kira-kira 5.30 petang Khamis diiringi ibunya Fadzilah Abu Bakar, 55, dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.
Proses bedah siasat dijalankan di hospital itu sebelum jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampung halamannya dan lebih 300 orang termasuk pegawai dan anggota pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut berada di masjid bagi bersama-sama menunaikan solat jenazah.
Suasana hiba menyelubungi proses pengebumian jenazah Koperal Mohamad Nasri yang dikebumikan mengikut istiadat pengebumian ATM. Panglima Divisyen Ke Empat Infantri Malaysia Mej Jen Anuar Abdul Wahab menyampaikan Jalur Gemilang kepada isteri Allahyarham, Nurhayatul Husna Abdul Muttalib pada penghujung istiadat pengebumian itu.
Allahyarham meninggalkan isterinya Nurhayatul Husna, 30, serta sepasang anak Muhammad Aakif Rizqi, 4, dan Nur Afifah Raisha, 2.
Sementara itu, Fadzilah berkata mereka sekeluarga reda dengan kejadian menimpa anak tunggalnya itu dan berharap siasatan dijalankan secara terperinci serta telus.
"Saya reda ... dan serahkan kepada Allah kerana kalau saya tidak reda dengan pemergian arwah, saya mungkin tidak boleh teruskan kehidupan ini ... jadi saya percaya ini ialah ujian Allah kepada saya dan isterinya," katanya yang beberapa kali menahan sebak.
Fadzilah berkata kali terakhir Muhamad Nasri menghubunginya ialah beberapa jam sebelum dilaporkan hilang pada Jumaat lepas dan ketika itu Allahyarham berbual dengannya seperti biasa.
"Mohammad Nasri bercakap seperti biasa masa itu sebelum esoknya kami dikejutkan dengan panggilan mengenai kehilangannya, kali terakhir kami berjumpa pada Disember tahun lepas kerana arwah biasa sertai operasi dan keluar masuk hutan," katanya.
Fadzillah berkata anaknya itu berkhidmat dalam pasukan ATM sejak 12 tahun lepas dan memang berminat dalam pasukan tentera kerana mahu mengikut jejak langkah arwah ayahnya yang juga anggota tentera.
Nurhayatul Husna pula berkata beliau tidak ke hospital untuk menunggu proses bedah siasat suaminya kerana keadaan anaknya yang masih kecil, namun beliau juga reda dan bersyukur kerana semua proses berjalan lancar.
"Saya kena kuat untuk anak-anak dan saya juga reda .... Kali terakhir saya bertemu arwah pada 2 Mac lepas ketika menghantarnya ke kem sebelum bertolak ke lokasi operasi, arwah memang kerap juga menjalankan operasi di dalam hutan.
"Saya minta izin suami untuk balik ke rumah ibu ayah di Sungai Petani, Kedah kerana arwah tidak dapat bercuti raya nanti," katanya yang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mereka menguruskan perjalanan pengebumian jenazah suaminya.
Nurhayatul Husna berkata beliau, suami dan dua anak mereka tinggal di kuarters Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Bentong sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lepas.
Media sebelum ini melaporkan mangsa merupakan anggota daripada Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Bentong, Pahang dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum pada Jumaat lepas.
Hasil bedah siasat mendapati kematian anggota tentera itu berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

Jenazah Mohamad Nasri, 33, tiba di Masjid Pulau Mertajam kira-kira 5.30 petang diiringi ibunya Fadzilah Abu Bakar, 55, dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak. - Gambar Bernama

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.

Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.

MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.

JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.

TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"