IPOH: Jenazah balu kepada bekas Mufti Perak, Puan Sri Ainon Abdul Ghani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, dekat sini kira-kira jam 11.25 pagi Khamis.
Jenazah Allahyarham disemadikan bersebelahan dengan pusara Allahyarham suaminya, Tan Sri Harussani Zakaria.
Van yang membawa jenazah Allahyarhamah Ainon, tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 10.55 pagi dan urusan pengebumian dilaksanakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham disembahyangkan dan diimamkan anak bongsunya, Datuk Ahmad Wafi Harussani di Masjid Jamek Kampung Melayu, Sungai Rapat di sini, kira-kira jam 10.30 pagi, sebelum dikebumikan.
Semalam, media melaporkan Allahyarham, 82, meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang setibanya di Kinta Medical Centre di sini untuk mendapatkan rawatan akibat demam.
Ahmad Wafi dilaporkan berkata, ibunya meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan.
Menurutnya lagi kesihatan ibunya merosot sejak kira-kira tiga bulan lalu.
Terdahulu, media melaporkan Allahyarham Ainon pernah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat jangkitan COVID-19 bersama suaminya, Allahyarham Harussani.
Namun, beliau sudah beransur pulih dan dibenarkan keluar dari hospital pada 21 Mei 2021.
Harussani, 82, meninggal dunia pada 30 Mei 2021 diikuti anak sulung mereka, A. Abdul Hakim Mazhar, 54, meninggal dunia akibat wabak berkenaan pada Ogos tahun lalu.
Allahyarham Harussani dan Ainon mempunyai lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.
Namun seorang lagi anak lelaki mereka, Abdul Hakam meninggal dunia pada usia 24 tahun pada tahun 1994 setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menuntut di Mesir.
Amirrul Rabbani
Thu Feb 24 2022
Ahmad Wafi (berbaju Melayu hitam) sedang menyiram air di pusara bonda tercintanya. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Jenazah balu Harussani selamat dikebumi di sebelah pusara suami
Jenazah balu kepada bekas Mufti Perak, Puan Sri Ainon Abdul Ghani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, dekat sini kira-kira jam 11.25 pagi Khamis.
Balu bekas Mufti Perak meninggal dunia
Balu bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria, Puan Sri Ainon Abdul Ghani, meninggal dunia pada Rabu.
PM Muhyiddin ucap takziah pemergian Mufti Perak
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh agama yang amat disegani Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang meninggal dunia hari ini.