Jenazah Asmuni Abdullah, 52, suami Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Khamis lepas, selamat dikebumikan pada kira-kira 10 pagi ini.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Ar-Rahmah, Batu 12, Sungai Burong pada pukul kira-kira 9 pagi dan dikebumikan berdekatan pusara Noriah, yang turut terkorban dalam nahas itu, di Tanah Perkuburan Islam Batu 12.
Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba pada 7.41 pagi di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching, yang berlepas kira-kira pukul 2 pagi tadi.
Upacara pengebumian itu dihadiri hampir 100 kariah kawasan tersebut termasuk anggota keluarga terdekat serta rakan taulan.
Adik Asmuni, Norliah, 50, ketika ditemui pemberita berkata empat anak Allahyarham Asmuni bersama bekas isterinya menzahirkan rasa amat sedih kerana tidak sempat menatap wajah dan jenazah bapa mereka untuk kali terakhir berikutan berada di Amerika Syarikat.
"Beliau ada tiga anak lelaki berumur 21, 20 dan 14 tahun dan seorang anak perempuan berumur 18 tahun yang tinggal bersama bekas isterinya di New York.
"Namun anak-anak dan bekas isterinya, warga Amerika Syarikat itu telah dimaklumkan mengenai nahas berkenaan dan mereka amat terkejut dan sedih menerima perkhabaran itu," katanya.
Menurut Norliah, Allahyarham abang sulungnya itu pernah menyatakan hasrat akan membawa kesemua anak-anaknya balik ke Malaysia untuk merayakan Aidilfitri tahun ini namun segalanya tidak kesampaian.
Dalam pada itu, adik ipar Asmuni, Syailina Durasat, 37, menyifatkan perkahwinan Allahyarham Asmuni dengan Noriah selama lapan bulan lepas dilihat sebagai cinta sehidup semati.
Beliau menceritakan, walaupun kedua-duanya pernah terputus hubungan hampir 30 tahun dengan membawa haluan masing-masing, namun takdir Tuhan mengikat kembali silaturahim mereka walaupun hanya untuk sementara.
Ditanya sama ada anak-anak Asmuni ada menyatakan hasrat untuk datang ke Malaysia untuk menziarah kubur bapa mereka, Syailina berkata mereka ada berbincang mengenai perkara itu.
Bernama
Sun May 08 2016
Jenazah Allahyarham Mohd Asmuni Abdullah (kanan), suami kepada Allahyarham Datuk Noriah Kasnon selamat tiba di Pangkalan TUDM Subang dengan menaiki pesawat C-130 TUDM awal pagi ini. -Instagram.com/noriahk
Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah
Belanjawan Sabah 2025 dan Belanjawan 2025 peringkat Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bagi memajukan sektor keusahawanan di negeri ini.
YNS peruntuk lebih RM3 juta Anugerah Siswazah Kelas Pertama
Yayasan Negeri Sembilan (YNS) memperuntukkan lebih RM3 juta, kepada 618 siswazah penerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama tahun ini.
AWANI Tonight: 18 Nov 2024
#AWANITonight 18 Nov 2024 with Saraya Mia
- RON95 subsidy eligibility to depend on size of households, number of cars
- ASEAN: Malaysia leads carbon framework development
#AWANIEnglish #AWANINews
- RON95 subsidy eligibility to depend on size of households, number of cars
- ASEAN: Malaysia leads carbon framework development
#AWANIEnglish #AWANINews
Undang-undang buruh Malaysia tidak terpakai di negara asing - Mohamad Alamin
Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang buruh serta undang-undang hak asasi manusia termasuk pemerdagangan orang di negara berkenaan.
Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun
Penempatan guru menerusi pengambilan khas untuk Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Pendidikan kunci untuk pupuk budaya ketelusan, integriti - KSN
Mendidik rakyat tentang rasuah penting untuk memupuk budaya ketelusan, akauntabiliti dan integriti, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Polis Terengganu rampas syabu RM6 juta dalam Toyota Vellfire
Polis merampas 200 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM6 juta yang dijumpai dalam kenderaan Toyota Vellfire di tepi jalan di Kampung Guntong Luar di sini Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga emas maut ketika tukar tayar kereta di LKSA
Tindakan seorang lelaki warga emas menghentikan keretanya di bahu jalan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) untuk mengambil tayar ganti di but, berakhir dengan tragedi.
Jenazah Asmuni selamat dikebumi di Sungai Burong hari ini
Upacara pengebumian itu dihadiri hampir 100 kariah kawasan tersebut termasuk anggota keluarga terdekat serta rakan taulan.