PONTIAN: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat, di sini, jam 11.30 pagi tadi.
Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Allahyarham di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot, pada jam 11 pagi.
Lebih 1,000 hadirin tiba untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Solat jenazah turut dilaksanakan dan diimamkan anak sulung Salahuddin, Iskandar Zulkarnain, 37, yang menjadi antara permintaan Allahyarham ketika hayatnya.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Hadir sama, kepimpinan parti politik termasuk Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi Amanah, Dzulkefly Ahmad; dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.
Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu meninggalkan isteri Datin Seri Fatimah Taha dan enam anak terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan.
Astro Awani
Mon Jul 24 2023
Balu Allahyarham Datin Seri Fatimah Taha dan ibu mentuanya, Aminah Abdullah menabur bunga mawar di pusara Allahyarham Menteri KPDN itu di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat Tanjung. -Bernama
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.