Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai 23 individu dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di pantai timur Sabah.
Komander ESSCOM, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata semua individu terbabit adalah warga asing yang dikehendaki bagi membantu pasukan keselamatan menangani jenayah rentas sempadan.
"Semua individu yang dikenalpasti ini mempunyai kaitan dengan jenayah terutamanya jenayah penculikan di pantai timur Sabah," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada ESSCom dan pasukan keselamatan bagi membantu penangkapan mereka.
Antara yang tersenarai ialah Selvador Muktadil atau dikenali sebagai Badong yang dipercayai anggota kumpulan Muktadil Brothers yang aktif mendalangi beberapa kes culik di pantai timur Sabah.
Badong, 40-an, berasal dari Tawi Tawi, Filipina, dipercayai dalang kes culik dua warga Malaysia di sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada Mei tahun lalu.
Bagaimanapun tentera Filipina memaklumkan Badong telah meninggal dunia akibat ditembak dalam operasi tentera di selatan Filipina pada September lalu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana individu yang dikehendaki ini boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCom di talian 089-863181 atau WhatsApp ke 013-880 3585 atau 019-230 5909.
Hakim Rahman
Fri Nov 11 2016
Orang ramai diminta supaya menyalurkan maklumat kepada ESSCOM dan pasukan keselamatan bagi membantu penangkapan mereka yang dikehendaki. - Foto Bernama
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
23 orang yang diburu disyaki punya kaitan kumpulan Abu Sayyaf - Esscom
Dua puluh tiga lelaki yang diburu pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) kerana disyaki terlibat jenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) turut diper
Jenayah rentas sempadan: ESSCom keluarkan senarai 23 individu dikehendaki
Semua individu terbabit adalah warga asing yang dikehendaki bagi membantu pasukan keselamatan menangani jenayah rentas sempadan.