KUALA LUMPUR: Statistik jenayah indeks tahun lepas didapati menurun 19.3 peratus kepada 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada tahun 2020, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Menurutnya jenayah indeks terdiri daripada jenayah kekerasan serta jenayah harta benda, dan kedua-dua jenis jenayah ini menunjukkan penurunan iaitu masing-masing 13.4 peratus dan 20.8 peratus kepada 11,495 kes dan 41,479 kes pada 2021.
"Antara punca kes jenayah yang lebih rendah adalah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerana sekatan aktiviti sosial dan rentas sempadan daerah dan negeri dikenakan. Selain itu, aktiviti penguatkuasaan yang lebih ketat oleh pihak berkuasa dan kesedaran masyarakat dalam meningkatkan perlindungan daripada ancaman jenayah," menurut laporan itu.
Sementara itu, bilangan kes jenayah komersial yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2021 meningkat 15.3 peratus kepada 31,490 kes berbanding 27,323 kes pada tahun sebelumnya.
Bagi jenayah komersial, kes tertinggi direkodkan adalah kes tipu dengan 91.6 peratus (28,842 kes) daripada 31,490 kes, diikuti kes pecah amanah (942 kes), kes kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (847 kes), jenayah siber (400 kes) dan kes wang palsu (204 kes).
Menurut laporan itu, bilangan kes dan tangkapan dadah yang dilaporkan PDRM susut pada 2021 iaitu masing-masing 11.2 peratus dan 11.3 peratus kepada 108,220 kes dan 129,604 tangkapan, namun bilangan kes membekal dadah naik kepada 25,277 tangkapan berbanding 23,536 tangkapan pada 2020.
Selain itu, statistik melibatkan rasuah, kertas siasatan yang dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan penurunan 3.4 peratus pada 2021 iaitu 828 kes berbanding 857 kes pada tahun sebelumnya.
DOSM turut melaporkan bilangan kes jenayah seksual yang melibatkan mangsa 18 tahun dan ke bawah mencatatkan pertambahan 0.9 peratus dengan 1,481 kes pada 2021 berbanding 1,468 kes pada 2020.
Sementara itu, bagi kesalahan trafik, bilangan saman trafik dikeluarkan PDRM pada tahun lepas naik 166.2 peratus kepada 14 juta saman berbanding 5.3 juta saman pada 2020.
Bagi jenayah maritim, bilangan tangkapan tertinggi dilaporkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 2021 adalah kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 (575 kes), diikuti kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (198 kes) dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (178 kes).
Menurut laporan itu, dari segi aspek pemulihan, bilangan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah berkurang 35.3 peratus kepada 3,457 kes pada 2021 daripada 5,342 kes pada 2020.
Bilangan kes bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan pengurangan 34.4 peratus dan 43.8 peratus kepada 3,171 kes (2020: 4,833 kes) dan 286 kes (2020: 509 kes).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Statistik jenayah indeks tahun lepas didapati menurun 19.3 peratus kepada 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada tahun 2020. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Kes jenayah dalam talian meningkat lebih 35 peratus pada 2023
Jenayah e-Dagang merupakan penyumbang tertinggi jenayah dalam talian pada 2023 iaitu sebanyak 33.2 peratus, diikuti jenayah telekomunikasi.

Jenayah indeks KL turun 10 peratus
Jenayah kekerasan keseluruhannya mencatatkan penurunan 122 kes atau 14 peratus pada tahun ini berbanding 288 kes bagi tahun lalu.

Jenayah indeks menurun 19.3 peratus, jenayah komersial meningkat 15.3 peratus pada 2021
Statistik jenayah indeks tahun lepas didapati menurun 19.3 peratus kepada 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada tahun 2020, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pencapaian ketara NTP bukti sumbangan penjawat awam - TPM Zahid
Pencapaian ketara NTP membuktikan usaha yang disumbangkan penjawat awam demi mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan untuk memastikan kesejahteraan rakyat.