Pakaian jenama tempatan atau lebih tepat lagi rekaan anak-anak tempatan semakin mendapat perhatian dewasa ini.
Dengan kualiti yang boleh dikatakan setanding dengan jenama tempatan, tidak hairan ramai anak muda sekarang beralih arah dari menggunakan jenama luar negara kepada jenama rekaan tempatan.
Sebut sahaja jenama Achtung!, Super Sunday, Gifted, Rare dan beberapa jenama tempatan lain, pastinya ramai anak muda yang akan mengakui bahawa jenama ini sesuai dengan citarasa mereka.
Biarpun hanya bermula dengan modal yang kecil, namun pengusaha jenama tempatan ini tidak menganggap ianya satu halangan untuk terus bergerak ke hadapan.
Mereka, pengusaha jenama-jenama tempatan ini, berkongsi lokasi dan promosi dan saling membantu untuk memastikan rekaan anak tempatan terus dihargai.
Brand Design Bazaar (BDB) merupakan tempat jenama-jenama tempatan dikumpulkan dan dipasarkan kepada peminat-peminat rekaan tempatan, atau lebih tepat lagi yang menghargai dan tahu menilai rekaan anak-anak tempatan.
Sebelum ini BDB terletak di Jalan Kia Peng, namun pada Sabtu, satu lagi cawangan dibuka untuk peminat-peminat jenama tempatan di lembah kelang iaitu di Wangsa Melawati.
Mohd Nasir Abdul Rashid, pengasas BDB, menjelaskan lokasi baru ini dibuat kerana menyedari sambutan yang semakin menggalakan untuk pakaian jenama tempatan.
Katanya, sebelum ini agak sukar untuk memasarkan jenama tempatan tetapi kini masyarakat terutama anak muda makin memahami dan menghargai.
Mohd Nasir yang mesra disapa Seir menjelaskan biarpun semakin mendapat perhatian namun masih ada kalangan masyarakat yang memandang sinis terhadap rekaan atau jenama tempatan ini.
Katanya ia terjadi kerana mereka, yang sinis terhadap jenama dan rekaan tempatan ini, tidak memahami konsepnya atau apa yang dimaksudkan dengan jenama tempatan.
Bekas editor majalah ROTTW ini menjelaskan jenama tempatan bermaksud rekaan anak-anak tempatan dan ia tidak seratus peratus dari dalam negara.
Contoh yang mudah jelas Mohd Nasir ialah t-shirt yang digunakan bukan produk tempatan kerana Malaysia tidak mempunyai kilang kapas untuk membuat t-shirt atau lebih tepat lagi tidak mempunyai kilang t-shirt yang mengeluarkan dengan jumlah yang besar seperti di negara luar.
"Barang-barang lokal dinilai darisegi rekabentuk, reka bentuk sebenarnya tempatan bukan baju atau t-shirt, negara kita tidak mempunyai kilang-kilang yang mengeluar t-shirt dalam jumlah yang besar seperti contohnya di Bangladesh.
"Jadi kerana sebab itu, kita terpaksa ambil t-shirt dari Bandung, USA, Bangladesh dan negara lain, kerana di sana banyak yang keluar t-shirt kosong dan harganya murah," katanya
Biarpun kecewa dengan sikap sinis sesetengah pihak, Mohd Nasir dan pengusaha jenama tempatan tidak patah semangat.
Mohd Nasir yang mengusahakan jenama Achtung menjelaskan mereka berkongsi sumber untuk mengurangkan beban mendapatkan modal.
"Dalam perniagaan, cabaran paling besar ialah modal, jadi di BDB ini kita berkongsi, kongsi tempat, kongsi promosi dan kongsi peminat.
"Kita share the resources, kita berkongsi sumber jadi risiko-risiko modal boleh dikurangkan dan ia tidak terlalu membebankan," katanya lagi.
Katanya tanpa konsep perkongsian, mereka mungkin berdepan masalah untuk terus bertahan dalam pasaran.
Justeru mereka mengharapkan agar sokongan diberika terhadap jenama tempatan yang terbukti setanding dengan jenama luar negara.
Irwan Muhammad Zain
Sun Nov 10 2013

[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Jenama tempatan digemari anak muda
Jenama tempatan kini menjadi pilihan anak-anak muda yang tahu menghargai hasil rekaan anak-anak tempatan.