KUALA LUMPUR: Seramai 75 Ahli Parlimen pembangkang hari ini mendesak Peguam Negara menarik balik pembelaan terhadap guru dan bekas pengetua dalam saman balas yang difailkan pelajar, Ain Husniza dan ayahnya, Saiful Nizam Ab Wahad berhubungj jenaka rogol di dalam kelas.
Dalam kenyataan bersama, mereka berkata keputusan yang diambil oleh Jabatan Peguam Negara yang mengarahkan seorang Peguam Kanan Persekutuan sebagai peguam bela disifatkan sebagai amat memeranjatkan.
"Kami, Ahli Parlimen Malaysia, berpendapat bahawa pihak kerajaan Keluarga Malaysia, khususnya Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pendidikan, haruslah bersikap berkecuali dalam pertikaian ini.
"Walau bagaimanapun, fokus kerajaan seharusnya diletak pada usaha menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah-sekolah di seluruh negara," kata mereka dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Kenyataan bersama itu antaranya ditanda tangani oleh Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Seremban); Mohamad Sabu (Ahli Parlimen Kota Raja); Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ahli Parlimen Muar); serta Datuk Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang).
Tegas mereka lagi, bidang perguruan mesti dihormati, terutamanya dalam usaha mendidik dan membimbing masa depan anak-anak bangsa.
Namun, ujar mereka, institusi-institusi pendidikan perlu memberi penegasan bahawa sindiran seksual dan jenaka mengenai rogol, terutama terhadap remaja perempuan, tidak boleh diterima sama sekali.
"Pelantikan seorang Peguam Kanan Persekutuan dalam tindakan sivil persendirian yang dimulakan oleh guru terlibat hanya akan memburukkan keadaan dan akan memberi persepsi yang negatif terhadap Kementerian Pendidikan dan kerajaan," tambah kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, mereka menambah kes yang berlaku terhadap Ain, mencetuskan lebih kebimbangan dan kegentaran dalam kalangan ibu bapa serta pelajar-pelajar sekolah.
Selain itu, ia turut menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem pendidikan negara.
Ahli parlimen berkenaan turut menegaskan bahawa pihaknya menghormati hak sesiapa sahaja untuk mengambil tindakan undang-undang, termasuk guru terbabit.
Jabatan Peguam Negara, kata mereka adalah pembela kepentingan orang awam dan tidak patut berpihak dalam kes persendirian yang sensitif seperti itu.
Sebaliknya, Jabatan Peguam Negara haruslah hanya membela kes yang melibatkan entiti kerajaan sahaja.
"Jabatan Peguam Negara sebagai penggubal rang undang-undang Gangguan Seksual seharusnya lebih peka terhadap kes seperti ini," tambah mereka.
Terdahulu, Ain dan bapanya membantah tindakan peguam kerajaan mewakili dua individu yang disaman dan saman balas atas kapasiti peribadi, yang disifatkan sebagai langsung tidak boleh diterima.
Ia susulan, Peguam Kanan Persekutuan mempertahankan guru Ain dan bekas pengetua sekolah yang dinamakan sebagai defendan dalam samannya.
Hasimi Muhamad
Tue Jun 07 2022
Ain dan bapanya membantah tindakan peguam kerajaan mewakili dua individu yang disaman dan saman balas atas kapasiti peribadi, yang disifatkan sebagai langsung tidak boleh diterima - Gambar fail/Sinar Harian
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Jenaka rogol dalam kelas: 75 Ahli Parlimen desak AG tarik balik pembelaan terhadap guru
Sindiran seksual dan jenaka mengenai rogol, terutama terhadap remaja perempuan, tidak boleh diterima sama sekali.
Jenaka rogol: Maszlee desak menteri, timbalan segera ambil tindakan tegas
Menteri dan timbalan menteri pendidikan diminta meletak jawatan sekiranya gagal menangani isu membabitkan seorang remaja perempuan yang membuat TikTok mengenai jenaka rogol dikaitkan dengan gurunya.