PARIT BUNTAR: Tindakan segelintir jemaah umrah memalsukan sijil vaksinasi untuk menunaikan umrah disifatkan sebagai menzalimi jemaah lain yang mengambil vaksin.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu boleh mencalarkan kredibiliti sijil vaksinasi yang amat diperlukan untuk warga Malaysia bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Menurutnya, disebabkan pemalsuan itu, dibimbangi akan memberi kesan kepada pemilik sijil vaksinasi yang sah untuk menunaikan haji dan umrah pada masa akan datang.
"Hukum menipu memang tidak ada siapa kata boleh. Dia (individu palsu sijil vaksinasi) menzalimi orang yang benar-benar ambil vaksin, jadi tindakan kita tidak boleh mudaratkan orang lain.
"Kalau tindakan dia menyebabkan orang lain terzalim sebagainya, lagi-lagi nak buat umrah ataupun haji, benda-benda ini yang menyebabkan amalan ibadah haji dan umrah kita dikhuatiri tidak mabrur," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Pengisytiharan Sempadan Kariah dan Solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Taman Desa Mekar di sini pada Jumaat.
Zamri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa terdapat 17 jemaah umrah yang positif COVID-19 varian Omicron tidak menerima sebarang vaksin.
Menurutnya, dari segi hukum jika jemaah yang menipu sijil vaksinasi tetapi menyempurnakan rukun dan syarat sah haji dan umrah, ibadah tersebut sah namun ia belum tentu diterima oleh ALLAH SWT.
Beliau turut menasihati jemaah yang memanipulasi sijil vaksinasi untuk menunaikan umrah supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa tidak menerima suntikan vaksin.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Jan 07 2022

Zamri berkata, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu boleh mencalarkan kredibiliti sijil vaksinasi. - Foto Sinar Harian

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.

Doktor klinik swasta mengaku tidak bersalah keluar sijil vaksinasi COVID-19 palsu
Seorang doktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas 10 pertuduhan mengeluarkan sijil suntikan vaksinasi palsu di kliniknya di sini, dua tahun lepas.

Sijil vaksinasi palsu: MMA mahu hukuman paling berat terhadap mereka terlibat
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 palsu dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Lima pembeli sijil vaksin palsu di Terengganu disiasat
Lima individu berkenaan bersetuju menjadi saksi berhubung kes penipuan membabitkan seorang doktor berusia 51 tahun yang didakwa menjual sijil vaksinasi palsu.

Suami isteri penjawat awam 'kantoi' guna aplikasi MySejahtera palsu
Bimbang tidak dapat bonus, suami isteri yang bekerja di jabatan sama sanggup keluar modal RM1,000 untuk beli dua sijil vaksinasi COVID-19 palsu.

Enam direman bantu siasatan sijil vaksinasi COVID-19 palsu
Kesemua suspek yang berusia antara 35 hingga 57 tahun itu direman selama tiga hari sehingga Sabtu.

Sijil vaksin palsu: Polis tahan 6 lagi individu, aktif cari pelanggan
Kesemua mereka yang berusia 35 hingga 57 tahun ditahan pada Ahad, namun dibebaskan dengan jaminan hari ini.

'Jemaah umrah palsukan sijil vaksin zalim'
Pemalsuan itu, dibimbangi akan memberi kesan kepada pemilik sijil vaksinasi yang sah untuk menunaikan haji dan umrah pada masa akan datang.