PUTRAJAYA: Seluruh ahli Jemaah Menteri sebulat suara kekal memberikan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usaha beliau membanteras rasuah tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
"Maka saya berharap pihak-pihak yang disiasat kena hormati undang-undang. Beri masa, ruang dan peluang kepada pihak berkuasa mencari kebenaran," kata Naib Pengerusi DAP itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis prapelancaran program The International Fire Chiefs' Association Of Asia (IFCAA) General Conference; International Fire Conference And Exhibition Malaysia (IFCEM) dan Malaysia International Rescue Extrication Challenge (MIREC)-IFCAA Joint Drill 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini hari ini.
Nga berkata terdapat pihak yang mengambil kesempatan membuat tohmahan dan dakwaan sehingga menyalahgunakan nama Istana Negara berhubung perkara membabitkan rasuah.
"Sekiranya tidak bersalah maka buktikanlah di mahkamah dan bukannya buat dakwaan atau tohmahan. Saya telah difahamkan pihak Istana Negara telah membuat laporan polis dan tindakan akan diambil," katanya.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya menerima laporan daripada Istana Negara berhubung dakwaan Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin, bahawa tiga wakil Perikatan Nasional telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
![Jemaah Menteri sokong usaha PM banteras jenayah tanpa kira pangkat, kedudukan - Kor Ming Jemaah Menteri sokong usaha PM banteras jenayah tanpa kira pangkat, kedudukan - Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702040621_TBNGAKORMING.jpg)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Ogos 2024.
![PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi
Polis mengesahkan bahawa ada pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.
![Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715909_TBEONBHD.jpg)
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
![AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715345_ShamsulAnuarNasara.jpg)
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
![MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658163463_klcc.jpg)
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Hentikan isu sumbangan kepada sekolah - Fadhlina Hentikan isu sumbangan kepada sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722329810_FadhlinaSidek.jpg)
Hentikan isu sumbangan kepada sekolah - Fadhlina
Menteri Pendidikan meminta semua pihak menghormati keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan garis panduan bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.
![Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713435678_tbSambutanAidilfitr.jpg)
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
![TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711580460_AhmadZahidHamidi.jpg)
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
![Format baharu isytihar harta Ahli Parlimen sudah dimuktamadkan - Kulasegaran Format baharu isytihar harta Ahli Parlimen sudah dimuktamadkan - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-12/51544959950_MKulasegaran.jpg)
Format baharu isytihar harta Ahli Parlimen sudah dimuktamadkan - Kulasegaran
Cadangan format baharu itu telah dibentang dan dipersetuju dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional siri dua.
![Kabinet lulus cadangan akta Majlis Media Malaysia - Fahmi Kabinet lulus cadangan akta Majlis Media Malaysia - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707294282_TBFAHMIFADZILjp.jpg)
Kabinet lulus cadangan akta Majlis Media Malaysia - Fahmi
Jemaah Menteri meluluskan pembentukan satu akta berkaitan penubuhan Majlis Media Malaysia.
![Jemaah Menteri rakam takziah kepada keluarga Tun Abdul Taib Mahmud Jemaah Menteri rakam takziah kepada keluarga Tun Abdul Taib Mahmud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708481924_fahmifadzil.jpg)
Jemaah Menteri rakam takziah kepada keluarga Tun Abdul Taib Mahmud
Allahyarham yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak mempunyai banyak jasa terhadap pembangunan dan permodenan negeri tersebut.
![Jemaah Menteri tak bincang penjelasan pengurangan hukuman Najib - Fahmi Jemaah Menteri tak bincang penjelasan pengurangan hukuman Najib - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671145957_FahmiFadzil.jpg)
Jemaah Menteri tak bincang penjelasan pengurangan hukuman Najib - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, secara lazimnya Lembaga Pengampunan sebelum ini tidak pernah memberi justifikasi mengenai keputusan mereka.
![Jemaah Menteri kutuk serangan ke atas rumah Ahli Parlimen Beruas Jemaah Menteri kutuk serangan ke atas rumah Ahli Parlimen Beruas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702435747_CabinetMeeting.jpg)
Jemaah Menteri kutuk serangan ke atas rumah Ahli Parlimen Beruas
Jemaah menteri juga mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak cuba untuk menghasut rakyat membuat tindakan yang melanggar undang-undang.
![Pelaksanaan sistem PADU tidak akan ditangguh – Fahmi Pelaksanaan sistem PADU tidak akan ditangguh – Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704270524_TBFAHMIFADZILjp.jpg)
Pelaksanaan sistem PADU tidak akan ditangguh – Fahmi
PADU tidak akan ditangguhkan kerana sistem tersebut berjalan lancar dan pemantauan dalam aspek keselamatan akan terus dilakukan.
![Rombakan Kabinet: Jemaah Menteri komited tabur bakti kepada rakyat Rombakan Kabinet: Jemaah Menteri komited tabur bakti kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702382820_BPJEMAAHMENTERI.jpg)
Rombakan Kabinet: Jemaah Menteri komited tabur bakti kepada rakyat
Barisan kepimpinan dalam rombakan Kabinet beriltizam menunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.