CHANGLUN: Jemaah Masjid Changlun berterima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan kerajaan bersetuju meneruskan pembinaan baharu masjid itu dengan peruntukan tambahan sebanyak RM3.07 juta.
Timbalan Pengerusi Masjid Changlun Zainol Abidin Mohamad, 65, berkata masjid baharu yang lebih luas merupakan satu keperluan kerana masjid sedia ada hanya mampu menampung kira-kira 1,000 jemaah pada satu masa sedangkan jumlah penduduk semakin bertambah dengan kewujudan taman perumahan baharu.
"Kita jangkakan angka ini akan bertambah ke angka antara 2,000 ke 3,000 jemaah pada masa depan...kami rakyat tempatan amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana prihatin dengan keperluan rakyat di Changlun ini. Sebab kita dapati pada hari ini, perkembangan taman (perumahan) begitu pesat sekali dengan adanya UUM (Universiti Utara Malaysia)," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Pada April lepas, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju meneruskan projek pembinaan masjid itu dengan menjadikan keseluruhan kos pembinaan Masjid Changlun berjumlah RM5.77 juta.
Anwar akan melawat tapak serta melakukan pecah tanah pembinaan masjid itu sempena Majlis Mesra Bersama Masyarakat Kubang Pasu, esok dan difahamkan Perdana Menteri juga akan mengumumkan peruntukan menaik taraf klinik serta sekolah daif khususnya di Daerah Kubang Pasu.
MASJID CHANGLUN-JEMAAH 2 (AKHIR) CHANGLUN
Mengulas lanjut, Zainol Abidin mengharapkan Masjid Changlun sedia ada yang telah berusia lebih kurang 100 tahun itu dikekalkan untuk kegunaan solat harian walaupun masjid baharu siap kerana masjid itu menjadi pilihan pelancong untuk berhenti solat.
"Kita dapati para pelancong (pada) hujung minggu suka singgah di masjid ini (berada di tepi jalan besar), ada kalanya sehingga 12 bas singgah masjid ini untuk Solat Subuh, menggunakan tandas untuk bersihkan diri. Kami rasa kekalkan masjid ini, mungkin dinaik taraf lagi pasang penyaman udara," katanya.
Sementara itu, jemaah yang juga Penolong Setiausaha Masjid Changlun Abu Bakar Mat Safar, 63, berkata pengumuman Perdana Menteri itu dapat memberikan keselesaan anak kariah tempatan untuk beribadah.
"Di mana masjid lama ini apabila hari Jumaat, kita melimpah ruang, hari perayaan (Aidilfitri dan Aidiladha), anak-anak kariah yang berada di luar pulang ke tempat asal mereka, jadi tidak memenuhi ruang, jadi terpaksa hampar tikar di luar.
Jadi, dengan hasrat PM (Perdana Menteri) membantu kita ini, kita mengucapkan berbanyak jutaan terima kasihlah daripada anak kariah, kami sedang menunggu, berasa teruja tunggu pembangunan Masjid Changlun yang baharu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023

Timbalan Pengerusi Masjid Changlun Zainol Abidin Mohamad, 65, (tengah) bersama Penolong Setiausahanya Abu Bakar Mat Safar, 63, (kiri) melawat tapak masjid baharu di sini pada Jumaat
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Fahami falsafah pembinaan masjid, jangan jadikan ia monumen sepi - Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan terhadap penubuhan Majlis Perundingan Masjid serta pelantikan terhadap 55 orang sebagai Ahli Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak.

Kes Zahid Hamidi: Akaun Yayasan Akalbudi disita, bayaran bina masjid tertangguh - Saksi
Tindakan SPRM menyita akaun bank Yayasan Akalbudi menyebabkan pembayaran Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, Perak kepada pihak kontraktor, tertangguh selama beberapa bulan.

Masjid baharu di Sibu tonjol seni bina masyarakat tempatan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak merancang membina masjid-masjid baharu yang menerapkan unsur seni bina masyarakat setempat yang berbilang kaum di kawasan penempatan baru yang bakal dibangunkan di sini.

Bina masjid sendiri, jangan harapkan bantuan - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak penduduk di negara ini untuk membangunkan masjid di kawasan masing-masing tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak.