Setelah lebih sebulan berada di Tanah Suci dan selesai menunaikan fardu haji bagi musim 1439H, jemaah haji Malaysia akan berlepas pulang ke tanah air secara berperingkat bermula esok.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata sebanyak 81 penerbangan akan membawa jemaah Malaysia pulang ke tanah air, bermula pada 3.05 pagi Rabu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4.45 petang hari sama.
"Sebanyak 47 penerbangan akan berlepas dari Jeddah, bermula 29 Ogos hingga 15 Sept 2018 manakala baki 34 penerbangan akan berlepas dari Madinah mulai 11 Sept hingga 25 Sept 2018," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Sahabat Maktab Tabung Haji (TH) di sini, hari ini.
Syed Saleh berkata penerbangan terakhir jemaah Malaysia pula akan berlepas 25 Sept ini pada 2.10 petang dan dijangka tiba di tanah air pada 3.40 pagi keesokan harinya.
Sementara itu, beliau berkata operasi haji pada tahun ini berjalan lancar secara keseluruhannya dan jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah haji dengan selamat dan lebih selesa dan teratur.
"Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada kerajaan Arab Saudi yang telah memberi layanan yang mesra dan bantuan yang baik kepada jemaah kita secara khususnya dari peringkat awal ketibaan kita sehingga ke operasi masyair.
"Kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan Arab Saudi melalui agensi-agensi dan kementerian yang berkaitan termasuk pihak muassasah Asia Tenggara telah dapat membantu memudahkan perjalanan haji jemaah Malaysia pada tahun ini," katanya.
Pada tahun ini juga, beliau berkata jemaah haji Malaysia berjaya menjalankan tugas sebagai jemaah haji contoh kepada negara-negara lain melalui pelaksanaan kempen Kebersihan Perdana Masyair yang dijalankan di Arafah Muzdalifah dan Mina.
"Kempen kebersihan yang dianjurkan oleh pihak TH ini mendapat kerjasama daripada pihak Muassasah Asia Tenggara, telah menjadikan kempen ini berjaya walaupun baru diperkenalkan pada tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018
Penerbangan terakhir jemaah Malaysia pula akan berlepas 25 Sept ini pada 2.10 petang dan dijangka tiba di tanah air pada 3.40 pagi keesokan harinya. - Gambar fail
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Rancang tunaikan haji pada usia muda
Persepsi bahawa ibadah haji untuk golongan yang lanjut usia adalah tidak benar sama sekali kerana tiada batas usia dalam syarat wajib mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Suhu 50 darjah Celsius di Tanah Suci dijangka mencabar jemaah haji tahun ini
Jemaah Malaysia yang bakal menunaikan fardu haji tahun ini dijangka berhadapan dengan cabaran cuaca panas.
Jemaah haji mula pulang esok
Sebanyak 81 penerbangan akan membawa jemaah Malaysia pulang ke tanah air, bermula pada 3.05 pagi Rabu dan dijangka tiba di KLIA pada 4.45 petang hari sama.