PADANG BESAR: Selepas hampir empat tahun ditutup, jejantas yang menghubungkan Stesen Kereta Api Padang Besar ke Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQs) Padang Besar dibuka semula.
Jejantas pejalan kaki sepanjang 350 meter itu ditutup pada 1 September 2020 oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perlis berikutan faktor keselamatan selepas berlaku beberapa siri penangkapan kes cubaan pembolosan ke negara ini oleh pendatang asing tanpa izin menggunakan laluan jejantas sehingga ke kawasan ICQs berkenaan.
Selain itu juga, penutupan jejantas itu juga adalah untuk memberi laluan kepada kerja naiktaraf koridor pejalan kaki yang disambungkan dengan jejantas berkenaan di mana ia sekaligus akan membawa pejalan kaki keluar dari Kompleks ICQs berkenaan menuju ke Bulatan Padang Besar.
Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Negeri Perlis, Izizam Ibrahim berkata, pembukaan jejantas pejalan kaki itu adalah hasil perbincangan pihaknya dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan JIM.
Mereka secara sebulat suara bersetuju untuk membuka semula jejantas berkenaan bagi kemudahan orang ramai yang turun di stesen kereta api itu menuju ke Arked Niaga Padang Besar dan kawasan sekitarnya.
“Setelah empat tahun ia ditutup, kita bersetuju untuk membuknya semula di mana ia sepatutnya dibuka sejak bulan November tahun lalu namun terpaksa ditunda bulan demi bulan atas sebab tertentu dan jejantas ini dibuka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 10 malam.
“Bagi saya apabila kemudahan jejantas ini dibuka, maka kita berjaya menyelesaikan antara dua hingga tiga perkara berbangkit berhubung keselesaan pengunjung yang turun di stesen kereta api ini namun dalam penelitian terdapat beberapa perkara yang perlu lagi ditambah baik selepas ini.
“Ini termasuklah kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda untuk melalui jejantas ini di mana hanya disediakan tangga sahaja dan untuk sementara ini, golongan OKU ini mungkin terpaksa menggunakan khidmat teksi atau kenderaan perkhidmatan e-hailing,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Katanya, dalam masa yang sama juga, impak kepada pembukaan semula jejantas itu dilihat akan menyebabkan pendapatan pemandu teksi serta perkhidmatan kereta e-hailing yang sering membawa pelancong untuk ke tempat membeli belah seperti Arked Niaga Padang Besar atau Padang Waremart terjejas.
“Saya tetap mengambil peka akan nasib pemandu teksi dan pemandu perkhidmatan kereta e-hailing di mana sebelum ini mereka yang banyak membawa pelancong ulang alik dari stesen kereta api ini ke tempat beli belah di Padang Besar ini tatkala jejantas itu ditutup.
“Oleh hal demikian, saya ada bertemu mereka bagi mencari solusi terbaik dalam hal ini dan selain itu juga, saya melihat kita perlu mencari satu alternatif dalam merancakkan lagi suasana di sekitar kawasan stesen kereta api ini seperti mewujudkan rumah transit kepada penumpang yang tiba awal di stesen ini.
“Dalam hal itu, terdapat dua hingga tiga pelabur yang menunjukkan minat untuk membangunkan kawasan sekitar stesen keretapi ini namun buat masa ini kita masih di peringkat perbincangan,” katanya.
Pembinaan laluan pejalan kaki berpagar berkenaan menelan kos sebanyak RM250,000 selain turut dilengkapi kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) yang sentiasa dipantau oleh pihak keselamatan.
Berdasarkan rekod JIM Negeri Perlis, terdapat penurunan dalam tangkapan PATI yang menggunakan jejantas berkenaan pada 2018 dan 2019 di mana pada 2018 seramai 12 org ditahan membabitkan tiga warga Thailand, seorang dari Laos dan lapan orang dari India.
Manakala pada 2019, jumlah berkenaan menurun kepada tujuh tangkapan sahaja membabitkan enam warga Vietnam dan seorang warga Thailand.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 15 2024

Pembinaan laluan pejalan kaki berpagar berkenaan turut dilengkapi CCTV yang sentiasa dipantau oleh pihak keselamatan. - Foto Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Negeri Perlis

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.

Hanya tiga pintu masuk rasmi di sempadan Kelantan-Thailand - Saifuddin Nasution
Pintu masuk rasmi di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan hanya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor.

TDM tumpas aktiviti seludup lembu bernilai RM85,000 di sempadan
Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan 17 ekor lembu bernilai RM85,000 di sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Lawatan kerja PM ke Sadao antara usaha eratkan lagi hubungan dua hala
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan kerja sehari beliau ke Sadao, di Selatan Thailand adalah antara usaha bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala.

Konflik Palestin-Israel: PM Thailand zahir ucapan terima kasih kepada Malaysia - Anwar
Anwar memaklumkan, Srettha Thavisin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas bantuan menyelamatkan tawanan rakyat negara itu dalam konflik yang berlaku di Gaza.

PM Anwar bertemu PM Thailand di Sadao
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Srettha Thavisin.

Seludup diesel: Tiga lelaki warga Thailand didenda
Tiga lelaki warga Thailand didenda selepas masing-masing mengaku bersalah menyeludup keluar diesel bersubsidi dari negara ini ke Thailand di Bukit Kayu Hitam.

Maqis rampas barangan hasil tani dan haiwan disorok dalam beg pakaian
Maqis Melaka berjaya mematahkan cubaan membawa masuk barangan pertanian dan produk hasilan haiwan secara tidak sah dari negara jiran.

Sarawak bincang penerbangan terus Kuching-Pontianak dengan Indonesia
Lee Kim Shin berkata pihaknya akan memulakan perbincangan tersebut dengan pihak Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching tidak lama lagi.

Orang ramai ambil peluang 'makan angin', ziarah keluarga di Thailand
Orang ramai mengambil kesempatan hari pertama kebenaran kenderaan persendirian merentas Malaysia-Thailand bermula hari ini, untuk 'makan angin' dan menziarahi ahli keluarga di negara jiran tersebut.